Hiburan

Lihat 10 Momen Menakjubkan yg Berlaku di Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz

Majlis pernikahan Noor Neelofa dan Haris Ismail berlangsung dalam suasana yang sangat indah.

Diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris dengan sekali lafaz sekitar pukul 11.44 pagi tadi.

Gempak senaraikan 10 momen-momen manis yang terjadi sewaktu majlis yang hanya dihadiri oleh 200 tetamu itu berlangsung.

1. Majlis yang diadakan secara tertutup telah bermula seawal 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

              

2. Antara rakan selebriti yang hadir pada hari bahagia ini ialah Izara Aisyah, Kilafairy, Hannah Delisha, Awal dan Scha, Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.

3. Hari bahagia kedua mempelai lebih meriah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri turut hadir sebagai jurunikah.

4. Semua tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih, selari dengan tema majlis, all white.

5. Neelofa jelita ditatarias jurusolek Sharman Yee dan busana pengantin dari Alia Bastamam.

Hiasan dewan dan pelamin pula daripada RekaTeemor.

6. Semuanya serba putih, dari pasangan mempelai sehinggalah ke hiasan dewan yang dipenuhi 4 tan bunga segar berwarna putih yang direka oleh ReekaTeemor.

7. Neelofa tersadung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara melafaz akad dimulakan.

8. Adik Neelofa, Aqief sebak dan terdiam ketika ingin menyebut nama kakaknya, sewaktu upacara akad nikah.

9. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Lah Ahmad dan kumpulan InTeam

10. Santapan yang dihidangkan memang sedap. Antara menu pada majlis ini adalah kerabu pais aneka laut, sup ekor lembu, nasi biryani utara dan butir nako.

Kredit Foto: : Wedlocx.co

Semua Ahli Keluarga Serba Putih Di Majlis Neelofa & PU Riz

Dewan majlis akad nikah pengacara dan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz yang diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur itu meriah dengan tema serba putih.

Ini termasuk pelamin serta meja tetamu turut dihiasi dengan bunga segar serba putih

Lebih menarik lagi, semua ahli keluarga dan tetamu hadir dengan tema yang sama iaitu berbaju putih bersih.

Berikut merupakan foto-foto semua ahli keluarga Neelofa yang hadir:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEM PAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *