Keluarga

Lbih 1.5 Juta Vlews, Netzen Terhibur Tengok abg Ask4r Gelabah Lari Pergi Kerja Sebab Takut Ank Nak Ikut

Siapa dekat sini bila pergi kerja, tak sabar balik rumah sebab rindu anak? Samalah macam admin huhu.

Kanak-kanak yang rapat dengan ibu bapa selalunya clingy dan kalau boleh nak ikut ke mana-mana dan kena make sure parents ada depan mata dorang.

Sebab itu kadang-kadang ibu bapa yang nak pergi kerja atau keluar kena cari cara kreatif untuk elak daripada anak merengek, menangis tak mahu ditinggalkan.

Seperti seorang lelaki  yang viral di TikTok baru-baru ini kerana dilihat lari keluar rumah sambil menyarung uniform sebab risau jika anaknya nampak.

Melalui TikTok adik lelaki yang bertugas sebagai askar itu telah memuat naik sebuah video menunjukkan abangnya terpaksa keluar rumah senyap-senyap kerana takut anaknya sedar dia keluar untuk pergi kerja.

Video yang sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu menunjukkan lelaki tersebut dalam keadaan gelabah keluar dari rumah dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

Walaupun hujan renyai, abangnya itu tetap terus berjalan sambil menyarung uniform askar dan selepas beberapa langkah dari rumah, dia terus berlari.

Abang  cepat2 lari

Rakaman video berdurasi lebih kurang seminit itu telah mendapat perhatian ramai netizen yang terhibur dengan gelagar lucu lelaki berkenaan.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen di mana rata-ratanya cakap dorang boleh relate dengan situasi itu.

Ramai juga cakap dorang teringat zaman kecil-kecil dulu waktu mak atau ayah terpaksa cari jalan untuk keluar dari rumah sebab kalau tidak, mesti nak ikut! sumber lobak merah

Tonton video di bawah:

Sumber : apaceritatv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *