Hiburan

Lantaklah Nak Cakap Penyanyi Sendu. Luahan Ekin AF, Pernah Jadi Ejen Penapis Air Dan Kini Meniaga Soto

Hidup tetap kena diteruskan, jadi saya tak kisah nak kena buat kerja apa sekali pun termasuk berniaga secara kecil-kecilan.

Itu luahan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Ekin atau nama sebenarnya, Norashikin Abdul Rahman, apa sahaja kerja termasuk berniaga kini menjadi sumber rezekinya.

Meski tiada rezeki dalam dunia nyanyian bukan bermakna tersekat punca pendapatan dan Ekin percaya rezeki Allah sangat luas.

” Saya tak malu mengakui berniaga macam-macam sejak beberapa tahun lalu demi meneruskan kelangsungan hidup.

” Ada hikmah berniaga sendiri kerana banyak masa boleh bersama suami dan anak, selain berniaga,” katanya kepada BH Online.

Meniaga soto banjar

Ekin berniaga soto Banjar, baru-baru ini. Sebelum ini, dia menjadi agen penapis air Coway di samping mengukuhkan perniagaan minyak wangi, Ekradon diusahakan bersama suami, Yazer.

” Kerja menyanyi masih berjalan seperti biasa. Jika ada undangan, pasti saya tidak akan menolak.

” Suami masih aktif menyanyi, sesekali Yazer melepas rindu menyanyi sebagai penyanyi jalanan dan kelab.

” Pada masa sama, dia bekerja tetap sebagai kontraktor di sebuah syarikat.

” Tiada apa yang nak dimalukan buat kerja berniaga ini. Lagipun, saya mencari rezeki yang halal.

” Saya tak suka meminta atau meminjam dengan orang lain. Lepas itu, tak mampu nak bayar balik. Biar penat, asalkan usaha sendiri, nikmat juga terasa lain.

” Artis ke orang biasa, kita sama sahaja,” kata ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Noah berusia lima tahun.

Ekin berkata, pada saat ini, sudah lumrah apabila ramai artis berniaga.

” Alhamdulillah, rezeki berniaga inilah yang membuatkan saya dan keluarga terus menikmati hidup. Tiada ada apa yang perlu dikesali.

” Lantaklah jika ada yang nak cakap kami penyanyi sendu. Apa yang penting, kami berusaha.

” Bukan nak cakap dunia nyanyian tak bagus. Cuma, soal rezeki dan tuah menyanyi seperti putaran hidup. Akhirnya, saya dan suami akur dan sentiasa sedar ruang diri.

” Minat menyanyi tetap ada, tak pernah terhakis. Jika ada tawaran menyanyi pun di majlis tertutup, persembahan kecil dan tidak keluar televisyen.

” Tak mengapalah, kami mengemas kini perkembangan nyanyian di laman Instagram atau Facebook sudah memadai,” katanya.

Sekalipun sudah dilihat bagai menyepi tanpa publisiti, Ekin bersyukur perniagaan diusahakan mendapat sambutan.

” Saya bersyukur ada peminat sudi membeli hasil jualan, malah mereka siap cakap, pernah meminati saya dan suami. Terharu sangat kerana masih ada yang ingat,” katanya.

Ekin dan Yazer menjalinkan hubungan cinta menyertai AF3 dan jodoh mereka hingga ke jenjang pelamin pada 26 Disember 2014.

Antaranya lagi

Pernah Bintangi Drama Dan Filem, Siapa Sangka Anita Baharom Kini Deriita Peny4kit Lupus

Pelakon berwajah cantik manis bernama Anita Baharom ini bukanlah asing di kalangan industri lakonan tanah air.

Pernah popular dengan watak sebagai Anizah dalam siri drama remaja Dunia Baru (2006–2007), Anita juga pernah menjayakan wataknya dalam adaptasi filem dan Dunia Baru Reunion.

Pada 2013, nama Anita mencuri perhatian apabila mula berhijab sekembalinya dari tanah suci Mekah.

Sejak itu, kisah tentang Anita jarang muncul dalam mana-mana portal hiburan atau di kaca televisyen.

Siapa sangka, lebih sedekad bertarvng dengan penyak1t yang dikenali Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau Lupus, pelakon Anita Baharom, 37, mengakui ia bukanlah faktor utama jarang muncul di kaca televisyen (TV).

Anita yang pernah popular menerusi drama Dunia Baru itu berkata, dia menerima tawaran lakonan mengikut kesesuaian masanya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata.

” Bukannya memilih tawaran, tetapi saya menerima tawaran bersesuaian dengan masa.

” Sebelum memiliki cahaya mata, bolehlah sibuk di lokasi penggambaran, kini susah sikit. Lebih lagi, memiliki tiga cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan perhatian.

” Apabila anak-anak sudah bersekolah, mungkin saya lebih banyak masa senggang yang terluang, jadi bolehlah saya aktif berlakon semula.

” Sebenarnya, saya tak pernah berhenti, ada sahaja berlakon, cuma orang tak nampak di kaca TV sebab naskhah lakonan ditayangkan tak tentu masa.

” Saya menjayakan filem Keluarga Iskandar The Movie, tahun lalu. Terbaharu, saya terbabit dengan sitkom untuk Awesome TV,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi perkembangan kesihatan, Anita berkata, penyak1tnya semakin stabil.

Jari pernah bengkok dan tak mampu berjalan

Bagaimanapun, katanya, dia pernah dis3rang sak1t sendi hingga membuatkan jari bengkok dan tak mampu berjalan selepas menjalani penggambaran filem Keluarga Iskandar The Movie di Johor Bahru, sekitar Mac tahun lalu.

” Jika boleh, saya tak mahu membesarkan perkara ini, takut orang cakap saya mengada-ngada.

” Selepas menjalani pemeriksaan di hospital dan pakar mengesahkan saya menghidap penyak1t SLE. Jadi, saya kena mengatur kerja supaya dapat mengelak menyusahkan orang lain.

” Saya tak boleh bekerja dalam keadaan terlalu tertekan dan penat. Sekiranya penat, sendi akan mula sak1t.

” Sekarang, Alhamdulillah apabila melakukan pemeriksaan di hospital, tahap SLE saya sudah bertambah baik,” katanya yang disahkan menghidap SLE pada 2017.

Dalam perkembangan lain, Anita kini giat menjalankan perniagaan acar limau sejak menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Sumber : lawaksiot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *