Hiburan

Kurang 24 jam Eka Sharif AF9 nak nikah, majlis terpksa dibatalkan, makanan katering terpksa disedekah

PENYANYI Eka Sharif terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Sabtu selepas ibu saudara disahkan positif C0v1d-19.

“Sewaktu saya sedang menjalani raptai siang tadi, saya dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan makcik saya disahkan positif C0v1d-19 selepas membuat pemeriksaan di hospital.

“Dia tak mengalami apa-apa simptom. Dia buat ujian C0v1d-19 pun sebab dia perlu menjalani pembedahan fibroid,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Eka terpaksa batalkan pernikahan selepas mendapat panggilan dari KKM berkenaan ibu saudaranya yang disahkan positif C0v1d-19.

Menurut Eka, kali terakhir dia berjumpa ibu saudaranya pada Selasa lalu di sebuah butik yang menata rias Eka untuk berbincang tentang majlis tersebut.

Eka dan bakal suaminya iaitu Nazrulnaim membuat keputusan untuk membatalkan majlis berkenaan selepas mendapat nasihat daripada KKM.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan makcik saya adalah pada Selasa di sebuah butik untuk berbincang mengenai majlis saya.

“Sebaik sahaja saya dapat berita itu, kami pun buat keputusan untuk tangguhkan majlis kami,” ujarnya.

Ini kali kedua saya terpaksa tunda majlis perkahwinan saya.

EKA SHARIF

PENYANYI

Tambah Eka, dia yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada pukul 10 pagi Sabtu terpaksa menggunakan masa itu untuk ke klinik dan membuat pemeriksaan C0v1d-19. Majlis resepsi sepatutnya dijadualkan pada sebelah malam hari yang sama di Royale Place Skyview, Cyberjaya.

Kad jemputan untuk tetamu termasuk rakan media sudah dihantar.

Menurut Eka, sebelum ini majlis pernikahan tersebut turut ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada pagi 10 pagi esok (Sabtu)… tapi selepas dapat berita dari makcik saya, pihak KKM arahkan saya serta semua kontak rapat makcik saya untuk membuat ujian C0v1d-19 pada waktu itu.

“Ini kali kedua saya terpaksa tunda majlis perkahwinan saya. Sebelum ini, kami terpaksa tundakan pernikahan pada 11 April kerana PKP, kali ini kami terpaksa tangguhkan lagi sebab makcik saya positif.

Eka Sharif bersama pasangannya, Nazrulnaim.

“Kami pun tak nak ambil risiko, jadi kami batalkan saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini reda dengan apa yang berlaku demi keselamatan semua pihak.

Eka turut bersyukur kerana tiada kerugian kos yang dialaminya malah pihak butik serta lokasi majlis perkahwinan tersebut memahami situasi berkenaan.

“Untuk keselamatan semua orang, kami terpaksa reda saja. Nak buat macam mana lagi. Tapi tak apa, tak ada masalah.

“Alhamdulillah, kami tidak rugi apa-apa kos… pihak butik dan juga tempat majlis kami sepatutnya diadakan sangat memahami. Cuma kos katering sahaja, mungkin kami akan sedekahkan makanan yang sudah disediakan.

Sumber : M star

Antaranya lagi

Beri RM60 Dapat 500 Kilo Ikan Segar, Uncle Kentang Kongsi ‘Keajaiban’ Sedekah

“DIA pernah membantu saya ketika susah, jadi ini masanya saya membalas kebaikannya,” kata pemborong ikan, yang hanya mahu dikenali sebagai Haiqal selepas menyumbang 500 kilogram (kg) ikan kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng.

Hasrat Haiqal untuk menyumbang ikan itu dikongsikan Kuan atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Kentang menerusi Facebook (FB) miliknya, pagi semalam.

Bercerita lanjut, Haiqal yang menetap di Bagan Serai, Perak berkata, dia mengalami masalah kewangan ketika awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan hilang mata pencarian sebagai ejen jualan langsung memandangkan tidak ramai yang mahu membeli produk jualannya ketika itu.

Disebabkan buntu, dia cuba meminta pertolongan daripada Kuan dengan menghantar mesej menerusi kiriman Whatsapp.

“Ketika itu, saya lihat ramai cuba meminta bantuan daripada Uncle Kentang tetapi ada mesej tidak sempat dibalas olehnya mungkin kerana bilangannya yang terlalu banyak.

“Namun, saya tetap mencuba nasib dan Alhamdulillah, dia membalas kiriman Whatsapp saya.

“Selepas menceritakan masalah, dia memindahkan RM60 ke akaun saya tanpa banyak soal dan wang itu digunakan untuk membeli barangan keperluan antaranya beras,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Haiqal berkata, tidak lama selepas itu, dia ditawarkan peluang bekerja sebagai pemborong ikan oleh rakannya.

Katanya, sejak itu, kehidupannya sekeluarga kembali stabil dan kini, dia mahu membalas jasa baik Kuan dengan rezeki diperolehnya.

“Nilai ikan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan pertolongannya ketika saya susah.

“Jadi, saya nekad menyumbang kerana tahu Uncle Kentang akan sedekahkan ikan diterima kepada mereka yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya, ramai yang akan menerima manfaat dan sedekah itu dapat dipanjangkan kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Kuan berkata, dia dihubungi Haiqal kira-kira 9 pagi semalam dan terkejut selepas diberitahu lelaki berkenaan mahu menyumbang ikan dalam kuantiti yang banyak kepadanya.

“Pagi semalam, saya menerima panggilan dan di dalam telefon bimbit, tertera nama Covid Bagan Serai.

“Rupanya, panggilan itu datangnya daripada seorang lelaki yang pernah saya bantu ketika PKP lalu.

“Dia bukan hanya mengucapkan terima kasih tetapi turut menyatakan hasrat menyumbang 500 KG ikan kepada saya hanya kerana menolongnya ketika susah. Kata-katanya itu membuatkan saya tersentuh hingga menangis,” katanya.

Menurut Kuan, dia bercadang untuk berkongsi ikan yang akan diterimanya itu dengan mereka yang memerlukan.

“Saya akan bungkus ikan itu nanti dan sedekahkan supaya ramai dapat merasa.

“Memang itu niat saya dan perkongsian hantaran di FB salah satu cara untuk memberi mesej mengenai kuasa sedekah yang tentunya tidak akan membuatkan seseorang jatuh miskin,” katanya.

Sumber : metr0 0nline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *