Semasa

Kronologi Perbicaraan Najib Didapati Bersalah, Ramai Bimbang Wujud Kluster Bossku

Selepas lebih dua tahun, nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terjawab hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu, berdepan tiga pertduhan pec4h amanah, tiga pertudduhan pengubahan wang h4ram dan satu pertuuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Bagi tuduuhan pecaah amanah, Najib didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Najib didakwa melakukan kesaIahan itu antara Disember 2014 dan Mac 2015 di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, ibu negara.

Bagi tuduuhan pengubahan wang har4m, dia didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti tidak berdaftar melalui sistem yang dipindahkan mengikut sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (rentas) dan didepositkan ke dalam akaun peribadi miliknya di AmIslamic Bank Berhad.

S4bit kes4lahan, Najib boleh dip3njara sehingga 20 tahun dan d3nda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia 2009.

9 :22 AM
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah

Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berhimpun di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, berhubung kes penyal4hgunaan kuasa dan pengubahan wang secara h4ram berjumlah RM42 juta dari sebuah unit di bawah 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak disambut penyokong

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut disambut ratusan penyokongnya yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Datuk Seri Najib Tun Razak memakai sut coklat dan pelitup muka turut diiringi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuuduhan sebelum ini.

Najib tiba jam 930 pagi

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar 9.30 pagi bagi mendengar keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International.

Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah memasuki kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ketika ini semua sedang menunggu Hakim Mohd Nazlan memasuki kamar dan proses mendengar keputusan kes akan dibuat bila-bila masa sahaja

10 :18 AM
Tahap keselamatan dipertingkatkan

Ia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, maka tahap keselamatan di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipertingkatkan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah masuk ke kamar 10.17 pagi tadi bagi menyampaikan alasan penghakiman dan keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International

10 :35 AM
Najib didapati bersaIah atas satu pertuduhan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bers4lah atas satu pertudhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Masih ada enam pertvduhan, iaitu tiga berkaitan p3cah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan ker4guan munasabah.

Najib didapati bers4lah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan.

Ketika ini sedang berlangsung alasan penghakiman bagi enam lagi pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

11 :32 AM
Penyokong dan media diberi am4ran penjarakan sosial

Pihak polis sudah memberi am4ran kepada penyokong yang berada di luar kompleks untuk melakukan penjarakan sosial atau berdepan tindakan undang-undang.

Polis sebelum ini membuat pengumuman menggunakan pembesar suara kepada ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menjaga jarak sosial selepas mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang C0vid-19.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau dan anggotanya sebelum itu sudah mengarahkan mereka untuk menjaga jarak sosial namun masih ada yang tidak berbuat demikian.

Menurutnya, susulan itu, polis menggunakan pembesar suara membuat pengumuman supaya mereka yang berhimpun itu mematuhi SOP ditetapkan.

Lebih mengguusarkan apabila mereka bukan saja tidak mematuhi jarak sosial malah ada yang tidak memakai pelitup muka yang dibiimbangi menyebabkan kluster baru C0vid-19.

Kebimb4ngan mengenai wujud kluster Najib atau kluster Bossku disuarakan warganet berikutan gambar penyokong Najib yang berhimpun tanpa mempedulikan langkah-langkah kawalan C0vid-19.

Ada juga yang meminta polis mengambil tindakan k0mpaun kerana jelas menunjukkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu melaggar SOP.

Sumber dari Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *