Hiburan

Komen p3das netizen pd cik B nyanyi live-Bakat terpendam biarlah duduk terpendam saje

Setiap individu pastinya pernah merasai momen ‘pertama kali’ dalam melakukan sesuatu perkara. Sudah tentu pelbagai perasaan hadir ketika percubaan tersebut dilaksana.

Begitu juga dengan selebriti media sosial yang juga seorang anak kepada usahawan kecantikan terkenal, Nur Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin, 15 atau mesra disapa Cik B.

Pertama kali buat persembahan (vdeo bawah sekli)
Pada separuh akhir Vokal Mania yang bersiaran di TV3 malam tadi, Cik B telah membuat persembahan pertama kali untuk lagu terbarunya berjudul Tolonglah secara langsung di kaca TV.

Bakat terpendam biarlah duduk terpendam saje
Namun, penampilannya telah dikritik warganet kerana terdengar kurang baik ketika menyampaikan single terbarunya yang sudah mencecah tiga juta tontonan di laman YouTube walaupun baru seminggu dilancarkan.

“Cakap benda betul takut kena kecam”
“Ramai lagi yang betul2 layak menyanyi”
Akui rasa gemuruh sangat
Walau bagaimanapun, remaja berusia 15 tahun itu tidak cepat melatah dan terus meminta maaf di ruangan Twitternya dengan mengakui terlalu gemuruh sehingga mulut kering ketika menyampaikan lagu tersebut secara langsung.

Sedap je dengar lagu baru Cik B ni
Dari situ kita dapat lihat ramai yang memberikan semangat kepada Cik B kerana memahami perasaan nervous tersebut. Masing-masing memuji keberanian gadis itu tampil di pentas umum pada usia semuda 15 tahun.

Dalam pada itu, mereka juga memberikan beberapa saranan membina dengan mencadangkan kepada Cik B agar lebih giat melakukan latihan dan sudah pasti pada masa akan datang dia akan lebih bersedia ketika membuat persembahan.Boleh banyak belajar lagi, nanti mesti best
Takpe Cik B bukan masuk pertandingan pun

Sumber: Twitter, Cik B OMM

TOLONGLAH – CIK B (Official Music Video)

Terimalah single sulung dari #CikB berjudul #Tolonglah sebuah lagu hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Cik B & Dato Seri Vida sendiri.

Keep On Supporting Guys!

Artist: CIK B
Song : TOLONGLAH
Composer : CIK B & DSV
Lyricist : CIK B & DSV
Idea Asal : CIK B
Director : DSV

#CIKB #Tolonglah #1711Music

FIND US, SEVENTEEN ELEVEN MUSIC.
Instagram : @17elevenmusic
Twitter : @17ElevenMusic
Facebook : Seventeen Eleven Music

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *