Infomaklumat

Kes cov19 libatkan Kank-kank Pra Sek0lah. Pengarah Kesihatan Negeri

Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi memaklumkan bahawa kes baharu cov-19 yang direkodkan di Sabah semalam membabitkan seorang wanita dan kank-kank warganegara Malaysia.

Menurutnya, kes tersebut melibatkan kanak-kanak di Penampang yang dipercayai murid pra sekolah telah dirujuk dari Klinik Kesihatan Penampang ke H0spital Wanita dan kanak-kanak Sabah.

Tambahnya lagi, semalam ada arahan penutupan sebuah kelas bagi prasek0lah di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang telah dikeluarkan berikutan terdapat murid yang dijangkiti Cov-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes ini dikesan p0sitif Cov-19 semasa saringan sebelum prosedur kemasukan wad di h0spital berkenaan.

“Semua kontak serumah dan sekolah telah dikenal pasti dan mereka dikehendaki menjalani saringan Cov-19.

“Sementara kes di Beluran yang membabitkan seorang wanita tempatan pula telah dirujuk dari Hospital Duchess of Kent Sandakan ke H0spital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, kontak pesakit ini telah dikenal pasti dan perlu menjalani saringan Cov-19.

Dengan dua kes baharu itu, kes di Sabah meningkat kepada 402 kes dengan 16 kes masih aktif dan dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah.

Sehingga kini masih terdapat 1,356 orang menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di rumah (946 orang) dan pusat kuarantin (410 orang) di seluruh Sabah.- BorneoToday

Sumber : kinimysumber

Antaranya lagi

Klvster Merbak Dengan Cepat Dan Risau Perkara Ni Akan Terjadi

KAJIAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster Sivagangga merebak dengan lebih cepat berbanding sembilan lagi kluster yang dilaporkan dalam negara sebelum ini.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM kini sedang giat menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penyebaran lebih cepat itu.

“Kita lihat kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster lagi seperti di Sarawak.

“Kita sedang jalankan kajian adakah kita sedang menghadapi satu kluster Genom 614 iaitu kluster ‘Super Spreader’ seperti yang laporkan di Mesir dan Pakistan.

“Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.

“Jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain dan KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu, kita akan dapat kawal C0vid-19 di Malaysia,” katanya ketika sidang media C0vid-19 di Putrajaya dekat Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.

Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, enam kes baharu membabitkan kluster Sivagangga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 30 kes.

Kes keenam adalah kontak rapat dengan individu positif kerana pernah mengunjungi premis itu dan dikesan mengalami gejala pernafasan pada 2 Ogos lalu dan disahkan p0sitif semalam.

Bagi kes selebihnya, mereka mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah.

“Semua yang p0sitif kini menerima rawatan di H0spital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga,” katanya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *