Hiburan

Kerap Ditanya Kenapa Tak Pakai Mask, Ini Penjelasan Dayah Bakar

Pengacara dan penyanyi Dayah Bakar kini berada di Australia setelah lebih setahun berjauhan dengan suaminya.

Pertemuan semula mereka itu sememangnya dinantikan beliau yang sudah bergelar seorang ibu kepada bayi lelakinya.

Pada 4 Februari 2021, Dayah telah berkongsi satu video di Instagram milik beliau.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Assalamualaikum semua .

Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .

Bila Dayah sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”

Looks like a painting but it’s real 😍” 

Dayah berkongsi video keindahan taman yang dilawatinya di negara itu bersama dengan suami dan anak tercinta.

Memang cantik dan kelihatan sangat tenang!

Dalam pada itu, Dayah juga menjelaskan tentang persoalan yang sering diajukan kepadanya, berkenaan beliau di sana yang tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam:-

“Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask , but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu .( walaupun 0 case , reminder is everywhere )

I hope this explains ! 😊”

Menurut Dayah, di Canberra sudah berbulan-bulan tiada kes baharu COV1D-19, wah bestnya!

Semoga negara kita pun akan bebas daripada v1rus ini suatu masa nanti.

Sumber : Dayah Bakar / Catatan Terakhir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *