Semasa

Kejayaan Terbesar S P R M, Seorang Lagi Angg0ta M B S A Ditahn Dan Jawatan Dia Buat Semua Terkedu

Kejayaan terbesar SPRM setakat ini, seperti mana kenyataan mereka bahawa sesiapa yang terlibat dalam melindungi premis juudi di Sg Buloh pasti akan diambil tindakan.

Ternyata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengotakan kata-kata mereka hari ini susulan penahanan seorang individu yang berpangkat tinggi.

Terkini, SPRM menahan Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjvdian.

Penahanan ke atas Pengarah MBSA berusia 59 tahun ini dilakukan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Beliau akan dihadapkan ke Mhkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya yang dihubungi mengesahkan tangkapan ini tetapi enggan mengulas lanjut.

Semalam tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjvdian di sekitar Sungai Buloh.

Semua yang ditahan berusia di antara 40 hingga 43 tahun.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan.

Selasa lalu empat pegawai MBSA turut ditahan SPRM sebelum ditahan reman selama tujuh hari.

Tiga ditahan hari ini, menjadikan 8 orang penguatkuasa MBSA ditahan

Terdahulu, awal pagi ini, SPRM menahan tiga lagi penguat kuasa MBSA cawangan Sungai Buloh susulan kes kutipan wang perlindungan.

Ketiga-tiganya disyaki terlibat menerima rasu4h bagi melindungi premis-premis perniagaan yang tidak berlesen, termasuk pusat perjvdian, di sekitar Sungai Buloh.

Menurut sumber, hasil soal siasat mendapati, wujud rangkaian sindiket di kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasu4h secara bulanan, bagi melindungi premis-premis berkenaan.

” Tiga yang ditahan berusia di antara 40 dan 43 tahun, pada lebih kurang jam 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

” Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya di kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis juudi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Ketiga-tiga anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk perintah reman di bawah Sksyen 117 Kanun Acara Jnayah.

Ini kenyataan ketua SPRM

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak tolak kemungkinan tindakan sama akan membabitkan penguat kuasa agensi lain.

” Yang mana pihak terlibat (dalam kes berkenaan) sudah tentu kita akan siasat,” katanya.

Pada masa sama, Azam turut meminta supaya masyarakat bersabar supaya pihaknya dapat jalankan tindakan penguatkuasaan di bawah bidang kuasanya.

” Kita perlukan bukti dan sokongan keterangan saksi ketika siasatan terhadap aduan berkenaan dijalankan.

” Saya memang puji kalau ada individu seumpama ini datang untuk beri maklumat dan sanggup bekerjasama.

” Kalau nak cari individu untuk dedahkan satu perkara dan jadi saksi, ia adalah amat sukar sekali.” katanya.

Sumber : limauais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *