Semasa

KANTOl Beritahu Istri Ke Pontianak Naik Sriwajaya Air, Rupanya Ke Bali Dgn GF

Indonesia kini sedang bersedih dengan insiden jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 pada hari Sabtu, 9 Januari lalu. Difahamkan, semua 62 orang yang terdiri daripada 50 penumpang dan 12 orang kru tewas.

Namun, disebalik kejadian yang menimpa, ada kisah lucu dan wajar di ambil pengajaran kepada mereka yang sudah berumah tangga.

Memetik laporan berita Padang Kita, seorang lelaki yang diberi nama sebagai bos besar telah mengaku kepada isterinya bahawa dia akan ke Pontianak dari Jakarta untuk tujuan perniagaan.

Dia juga memberitahu isterinya bahawa dia akan menaiki pesawat Sriwijaya Air pada hari Sabtu, 9 Januari yang dijadualkan berlepas pada pukul 2.00 petang.

Walau bagaimanapun, temberangnya diketahui apabila berita mengenai jatuhnya pesawat Sriwijaya Air mula dilaporkan oleh media tempatan.

Lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dia tidak ke Pontianak, tetapi sebenarnya ke Bali untuk menemui wanita simpanannyaa.

Kisah ini turut dimuat naik oleh akaun @Thojenk melalui aplikasi TikTok pada hari Isnin, semalam. Difahamkan, dia ke Bali untuk bercuti dan menyambut ulang tahun dengan perempuansimpanannya.

“Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, kerana di rumah [isterinya] sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tamu yang datang untuk berkabung,” tulisnya akaun TikTok tersebut.

Di satu sudut yang lain, isterinya dilaporkan bersyukur kerana dia tidak menjadi korban terjatuhnya pesawat Sriwijaya Air.

Manakala di sudut yang lain, temberang suami akhirnya ‘kantoi’ dengan isterinya.

Berita ini telah mendapat perhatian netizen di TikTok, ada yang menyatakan bahawa kisah curang lelaki ini akhirnya dipaparkan secara umum.

Manakala yang lain pula mengatakan bahawa pulang atau tidak, dia sudah lama mati dengan isterinya.

SUMBER : MEDIAKL

Jakarta: Penyelam membawa naik serpihan bangkai pesawat, dan pakaian dari kawasan perairan Indonesia, pada Ahad, di lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 penumpang dan anak kapal.

Pasukan tentera sudah menemui isyarat dan berharap dapat menemui pesawat malang berkenaan.

Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 menjunam ke dasar laut selepas empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, di sini, pada Sabtu.

Kapal tentera sudah mengesan isyarat dari pesawat berkenaan dan penyelam sedang mencari serpihan pesawat yang berada pada kedalaman 23 meter di dalam laut, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia, pada Ahad.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara lengkap sama ada isyarat diterima itu daripada kotak hitam pesawat.

Pencarian yang dijalankan juga mendapati tiada harapan untuk menemui penumpang yang masih hidup.

“Beberapa bahagian tubuh sudah ditemui dan dibawa ke hospital untuk pengesahan lanjut.

“Kami juga belum dapat mengesahkan sama ada cebisan tubuh itu daripada individu yang sama,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus kepada AFP.

Seluar kanak-kanak, serpihan tayar pecah, jaket keselamatan antara barang yang ditemui menurut pihak berkuasa.

Pesawat dengan pendaftaran SJ182 dalam penerbangan menuju Pontianak di Kalimantan, dengan masa perjalanan selama 90 minit merentasi Laut Jawa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : transformasipw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *