Semasa

Kanak-kanak 3 Tahun Kritikal, Bapa Saudara Didakwa Beri D4dah TerIarang

P0Iis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun selepas d0ktor menemui jumlah kandungan d4dah yang tinggi di dalam badan anak saudaranya yang berusia tiga tahun.

Menurut Pemangku Ketua P0lis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, beliau dimaklumkan tentang kejadian tersebut selepas dilaporkan oleh d0ktor di H0spital Kuala Krai yang merawat mangsa.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun empat bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, Kelantan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

” Po.lis menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pada jam lima pagi semalam dan telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut. Pihak kami dimaklumkan oleh do.ktor yang merawat kanak-kanak lelaki itu bahawa dadah di dalam badannya adalah jenis methamphetamine.” Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baru untuk rawatan lanjut.

Menurut laporan, bapa saudara kanak-kanak tersebut merupakan seorang pen.agih dad.ah dan dipercayai membawa mangsa ke lokasi yang tidak didedahkan pada Sabtu (18 Jun).

” Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa diberi apa-apa dadah atau dia telah memakan dadah itu sendiri selepas melihatnya.” Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Walau bagaimanapun, suspek menafikan bahawa dia memberi dadah kepada kanak-kanak lelaki itu dan kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Suspek bakal berdepan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sumber : The Rakyat Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *