Semasa

“Jgnlah buat sidang media khusus utk tuduh macam2” Najib mula bersuara lepas Annuar Musa buat sidang media

Bekas Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa secara sinis meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat dirinya sekali lagi.

Ia berikutan kata Annuar, pemecatan yang diputuskan terhadapnya pada Selasa disifatkan tidak sah.

“Walaupun Presiden UMNO itu adalah Pengerusi BN, sepatutnya ia perlu mengambil kira pandangan parti-parti komponen lain bukannya pada peringkat Majlis Tertinggi UMNO.

“Jadi saya cadangkan, pecat saya sekali lagi pada mesyuarat BN,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sehingga kini beliau masih belum mendapat surat rasmi pemecatan tersebut.

“Saya tidak terima lagi, namun Setiausaha Agong BN yang baharu dilantik, Datuk Ahmad Maslan ada ‘text’ kepada saya. Dia jelaskan dia tak minta jawatan itu,” katanya.

Annuar berkata, sepatutnya Ahmad tidak perlu berbuat demikian.

“Tidak perlu pun jelaskan kepada saya. Saya orang lama, saya tahu…,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, beliau berlapang dada menerima pemecatan tersebut.

“Saya reda dengan pemecatan ini dan akan terus berjuang serta istiqamah atas wadah UMNO,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan Ahmad sebagai Setiausaha Agong BN yang baharu menggantikan Annuar berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu diumumkan di dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berikut pula teguran dari bekas Presiden UMNO Najib Razak

“UMNO adalah parti yang meletakkan suara akar umbi pada tempat paling utama.

Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian UMNO yang menolak PPBM, janganlah buat sidang media

khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan. Kenapa pula UMNO nak bekerjasama dengan DAP jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP?”

Tak mahu bersekongkol

Menurut Annuar selaku setiausaha agung BN dia hanya boleh melaksanakan tugas dengan baik jika wujud perasaan saling meyakini dan mempercayai dengan pengerusi gabungan tersebut.

“Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum ini, namun sejak kebelakangan ini, suasana tersebut telah berubah berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan Pendirian politik saya secara tegas serta berterus terang,” katanya.

Kata Annuar selain sokongan secara hitam putih yang diberikan kepada Anwar, ada beberapa isu yang timbul sewaktu dia menjadi setiausaha agung BN.

Antaranya kata Annuar percubaan dan rundingan melibatkan DAP dalam pembentukan jajaran baru politik dan cubaan menggugat kestabilan kerajaan PN hingga menjejaskan hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *