Infomaklumat

“Jgn Menginap HoteI ini Kalau Taknak Kena Denda Beratus Ringgt” Pengunjung Kecewa BiIa Ditekan

Selepas penat bekerja pasti ramai yang ambil keputusan untuk merehatkan minda dan badan.

Salah satu aktiviti yang dibuat untuk menghilangkan stress ini ialah dengan bercuti.

Tetapi pengalaman pahit yang dikongsikan oleh pengguna fb bernama Noor Izzati ini semestinya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan sampai bila-bila…

Pengalaman Ngeri Di Hotel “Luxury.”

Saya dan suami menginap di hotel ni sekitar Februari, tapi hari ini baru berkesempatan berkongsi.

Memandangkan tagline hotel ni ‘luxury’, jadi harapan kami tinggi.

Namun, hancur musnah saat melangkah masuk.

Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan supaya tidak mengapa-apakan barang hotel ni atau denda akan menanti.

Ternganga kami mendengarnya. Awal2 dah bagi bad impression.

Masuk bilik, tengok2 berhabuk dan bilik x berapa bersih. Baca kat google review pun, ramai complain pasal kebersihan.

Keesokan harinya, masa breakfast pun ada la ala kadar. Hmm.

Baca review lain, siap ada nampak lipas berlari kat makanan. Kalau depan saya, boleh muntah terus kot.

Lepas2 breakfast, konon nak pi mandi kolam. Sekali pi tengok. Tu diaa.. Air kolam berminyak.

Geli! Dinding kolam pulak siap merekah lagi. Jem! Tak selera terus.

Balik bilik, tengah duk rehat, kami menerima panggilan peringatan supaya check out jam 12 tengah hari.

Tak sabar nak halau pelanggan nampak. Hmm..

Ingat sampai situ je mimpi ngeri. Rupa-rupanya PALING NGERI MASA CHECK OUT.

Kami diminta tunggu. Rupa-rupanya nak spotcheck bilik. Lepas sekian lama menunggu, kami dipanggil ke kaunter.

Dengan muka serius tanpa sebarang senyuman, cadar bilik ditebarkan di atas meja kaunter, di hadapan pelanggan lain.

Ada sedikit kotoran rupa-rupanya tercalit di cadar. Rajin pulak dia menilik ye.

Betul-betul teliti spotcheck tu. Kami diminta membayar denda ratusan ringgit sebagai ganti rugi.

Suami saya mula bertekak mempertahankan hak kami sebagai pelanggan.

Selama ni, hotel jauh lagi hebat kami inap pun tak pernah buat macam ni.

Kami enggan. Pihak hotel suruh pulak kami bawa cadar pergi dobi. Basuh dan bawa kembali.

Ah, sudah. Celah mana pulak nak cari dobi kat KL. Kami bukan orang sini, mana tau. Menyusahkan!

Akhirnya, kami bawa cadar ke bilik air lobi hotel. Basuh sendiri. Sekejap je hilang calitan tu.

Memang tak berbaloi, nak kena pergi dobi, apatah lagi bayar denda ratusan ringgit, untuk secalit kotoran tu.

Mujur masih ada akal, nak basuh sendiri.

Selesai membasuh, bawa balik cadar. Serah pada kaunter. Ingat dah setel.

Ditunjuk pula tuala yang diambil dari bilik hotel, ada sedikit kesan lipstick.

Mungkin saya tak sedar masa lap muka. Nak denda lagi la.

Apa lagi. Jadi rimau la suami saya. Bila keadaan kelihatan semakin tegang.

Seorang staf yang agak baik, cuba memujuk kami.

Katanya biar dia yang basuh dan tinggalkan sahaja tuala tu.

Sempat juga dia mengadu, dia pun tak tahan bila hari2 asyik kena hadap benda yang sama.

Dari situ, boleh nampak yang staf kat situ pun tak suka hadap situasi macam tu tapi terpaksa sebab kerja. Apatah lagi kalau pelanggan kan…

Walaupun ngeri, tapi saya masih tak sampai hati nak reveal hotel ni.

Tapi kalau banyak permintaan, saya akan beritahu. Semoga orang lain tak terkena macam kami😂😂

*Dalam gambar tu, staf tengah spotcheck cadar pelanggan lain pulak. Bukan kami je terkena tau…

Silap saya tak baca review dulu sebelum book sebab nak cepat.

Saya baca selepas terkena. Rajin2 la baca review dulu ye lain kali. Haha.

Seorang Wanita bekas housekeeping Hotel berkongsikan beberapa rahsia dan tips jika mahu bermalam di hotel.

Terutamanya jika anda wanita, pastikan anda tahu akan tips-tips dibawah ini.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan.

Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor.

Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya?

Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau.

Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Gambar Hiasan

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu.

Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka.

Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air.

Terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland.

Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles?

Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi.

Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda.

Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap.

Walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.

Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.

Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Copy paste dari : Noor Izzati Abdul Hanid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *