Semasa

Jawab soalan penuh tenang, tak sangka ini reaksi ahli dewan bila Dr Zulkifli berucap

Persidangan Dewan Rakyat hari keempat menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan pertama daripada Ahli Parlimen.

Persidangan itu dimulakan dengan memberi salam dan mukadimah dalam bahasa Arab sebelum menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai).

Menerusi sesi tersebut, Sabri bertanya mengenai komitmen penarafan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebagai guru tetap dan berpencen.

Dr Zulkifli menjawab, kerajaan komited dan prihatin terhadap guru KAFA yang sentiasa memberikan khidmat bakti sejak tiga dekad lalu.

“Oleh yang demikian, semua usaha ke arah memperkasa dan menaik taraf bagi guru KAFA akan dilaksana secara berperingkat.
“Justeru kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan melaksanakan pemerkasaan KAFA merangkumi beberapa perkara.
“Malah, elaun guru Kafa juga sudah dinaikkan sebanyak RM100, menjadi RM1,000 sebulan membabitkan 350 orang,” katanya dengan tenang.
Lebih ‘menyedapkan’ halwa telinga apabila sesi tersebut tidak menerima sebarang celahan daripada ahli Dewan Rakyat yang sinonim berlaku di Parlimen.

Kerajaan hari ini akan terus komited dalam memastikan nasib guru-guru KAFA sentiasa terbela, dan mampu berdiri setanding dengan guru-guru sekolah yang lain. ⁣⁣Pemerkasaan guru-guru KAFA akan terus menjadi komitmen utama kerajaan Perikatan Nasional, supaya institusi KAFA dan pendidikan Islam akan terus dilihat bermutu serta mampu menghasilkan alim ulama’ yang profesional dan menyumbang untuk ummah dan negara.

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Thursday, July 16, 2020

Kerajaan hari ini akan terus komited dalam memastikan nasib guru-guru KAFA sentiasa terbela, dan mampu berdiri setanding dengan guru-guru sekolah yang lain. ⁣

Pemerkasaan guru-guru KAFA akan terus menjadi komitmen utama kerajaan Perikatan Nasional, supaya institusi KAFA dan pendidikan Islam akan terus dilihat bermutu serta mampu menghasilkan alim ulama’ yang profesional dan menyumbang untuk ummah dan negara.”-Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Terdahulu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ‘mangsa’ ejekan dan diperlekehkan segelintir ahli politik yang lebih ‘senior’ sehingga tular di Twitter.

Dari Mufti Kini Jadi Menteri, Ini Kisah Hidup Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri

Sahibus Samahah Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri di lahirkan pada 16 januari 1969. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau sangat dikenali sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang dilantik pada Jun 2014.

Pendidikan Awal

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu. Dan kemudian meneruskan ke peringkat menengah Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman.

Sumber : KiniTV / Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *