Hiburan

Jasmine Suraya menginginkan Remy Pula untuk beraksi pan4s

PETALING JAYA – Pelakon Jasmine Suraya bersedia untuk melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem sekiranya diberi peluang.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh pelakon yang kini popular menerusi drama Bidadari Salju itu menerusi segmen soal jawab bersama pengikut Instagramnya semalam.

Jasmine berkongsi perkara tersebut menerusi segmen soal jawab bersama pengikut Instagramnya semalam.
Jawapan tersebut diberikan selepas seorang pengikut bertanyakan soalan: “Saya terfikir sama ada awak sanggup melakukan babak panas dalam drama atau filem.”

Jawab pemilik nama penuh Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu, dia bersedia untuk melakukan aksi tersebut sekiranya babak berkenaan wajar dipersembahkan kepada penonton dalam sesebuah drama atau filem.

“Ya, saya akan lakukan sekiranya babak tersebut wajar dan memberi impak terhadap jalan cerita,” tulisnya.

Lebih mencetuskan kehangatan, pelakon berusia 32 tahun itu turut memilih pelakon kacak Remy Ishak sebagai pasangan untuk melakonkan babak panas berkenaan.

“Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Remy untuk menjayakan babak tersebut dengan saya,” katanya ringkas.

Baru-baru ini, lakonan Jasmine sebagai watak penggoda bernama Jeannie dalam Bidadari Salju antara yang memberi impak sehingga dia menerima ugutan bunuh dan disimbah asid daripada penonton drama berkenaan.

Bidadari Salju yang kini hangat ditayangkan dalam slot Akasia TV3 turut membariskan Sweet Qismina dan Adam Lee sebagai teraju utama.

Terdahulu, Jasmine merupakan pelakon berbangsa Cina yang sering diberikan watak sebagai wanita Melayu dalam kebanyakan drama dan filem. – K! ONLINE

berita sebelum ini

Drama Bidadari Salju kini sudah sampai pada episod 20 yang mana ketika ini Kayra iaitu watak yang dibawa oleh Sweet Qismina sudah hilang kepercayaan pada Hariz lakonan Adam Lee.

Namun terdapat segelintir penonton yang berasa kurang senang dengan babak di dalam drama ini.

Pada episod 20 yang ditayangkan pada 11 Disember lalu, terdapat satu babak yang mana pelakon Jasmine Suraya Chin perlu mengg0da Adam Lee sehingga membuatkan mereka terjatuh di atas katil.

Apa yang membuatkan penonton kurang senang ialah apabila Jasmine terjatuh di dalam pelvkan Adam sehingga menunjukkan mereka seperti berpelvkan.

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Antara barisan pelakon di dalam drama ini ialah Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Chacha Maembong, Fimie Don dan ramai lagi.

Sumber:hot fm

Info Dan Sinopsis Drama Bidadari Salju (Slot Akasia TV3)

Bidadari Salju merupakan sebuah drama Malaysia 2020 hasil sentuhan pengarah Reza Badarudin, terbitan produksi A.Aida Production.

Karya adaptasi novel tulisan Mia Kiff ini menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Menemui penonton Slot Akasia TV3 mulai 15 Disember 2020 bagi menggantikan siri Cinta Sekali Lagi.

Sumber : apaceritatv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *