Semasa

Jamal Mahu Beri Tunjuk Ajar kpd Ketva P0lis Negara

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bercakap kepada media ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung pendedahan beliau mengenai mesin judi haram di sekitar Ampang sejak 2015.

Pendedahan itu dilakukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dengan menghantar memorandum mengenai maklumat aktiviti perjudian itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 19 Ogos lalu.

Jamal tiba di pekarangan Bukit Aman bersama dua peguamnya iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dan Hafiz Norkhan kira-kira jam 3.50 petang.

Beliau memasuki Bukit Aman 10 minit kemudian selepas menemui pemberita untuk memberi kenyataan mengenai kehadirannya di Ibu Pejabar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu.

Pada sidang medianya, Jamal mengulangi pendiriannya bahawa pendedahan mengenai aktiviti perjudian haram itu merupakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

“Saya harap akan bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN), yang saya tahu mempunyai pengalaman yang luas dari segi siasatan dan risikan, sebab itu polis Malaysia ini hebat.

“Saya menawarkan diri kepada KPN bagi membantu atau memberi tunjuk ajar walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman untuk membanteras dan menangani perkara ini.

“Jadi saya mohon KPN dan PDRM untuk menerima perkhidmatan saya ini dan saya tawarkan dengan cara yang percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal sempat mengingatkan KPN agar tidak memandang remeh aktiviti perjudian haram yang beroperasi di sebalik premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di sekitar Ampang.

“Dalam kes judi ini saya berpendapat dan melihat saya perlu memberikan tunjuk ajar kepada KPN untuk menyelesaikan perkara ini dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

“Kalau tidak rakyat akan hilang keyakinan terhadap PDRM. Saya amat menghormati, menyanyangi PDRM ini kerana tidak boleh dinafikan jasa PDRM.

“Jangan kerana aktiviti perjudian ini, nama baik PDRM akan tercemar dan hilang kepercayaan masyarakat,” katanya. – Sumber Malaysia Gazette

Serabainya! Penampilan Terkini Engku Emran Selepas Bercer4i Jadi Bvah Mvlut

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah bercer4i secara rasmi. Setelah lama orang ramai berteka-teki, Bella akhirnya memberikan kenyatan dan mengesahkan perceraian dengan suaminya, pada bulan Julai 2020.

Laudya Cynthia Bella membuat pengakuan itu menerusi video pendeknya bahawa percer4ian itu adalah keputusan bersama. Bella dan Emran memilih untuk berpisah dengan baik. Laudya Cynthia Bella, yang pernah tinggal di Malaysia, telah kembali ke Indonesia.

Namun selepas percer4ian mereka, penampilan Emran yang terkini menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Di laman Instagram, Engku telah memuat naik gambar dirinya dalam warna hitam dan putih. Dia mengabadikan foto itu setelah menempuh jarak jauh dengan berbasikal di Malaysia.

Gambar terkini Emran itu di muatnaik semula ke akaun gosip @mak.bacot, dan terus dibanjiri komen dari netizen.

VIA Instagram @mak.bacot

Ketika bersama Laudya Cynthia Bella, wajah Engku Emran selalu menarik perhatian kerana penampilannya yang baik dan cool. Namun, ramai netizen berpendapat bahawa penampilan Engku telah banyak berubah.

Emran dilihat berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya. Ramai netizen berpendapat bahawa Emran seperti tak terurus setelah perceraiannya dengan Laudya Cynthia Bella.

Tak kisah lah bagaimana penampilan Emran, bagi kami yang penting dia kini bahagia bersama orang tersayang. Doakan yang baik-baik ajer la ya!

Sumber : murai /m star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *