Keluarga

Istri baru je mengandvng ank pertama. Tapi suaml tak nk ank tu. Suaml suruh istri bvang ank dlm kandvngannya

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Dah lama aku berniat nak luahkan kepada orang lain namun aku takut dengan orang pandang lain pada aku.

Jadi Aku memilih untuk bercerita di sini hanya, luahan hati mahupun jikalau sudi kiranya warga IIUMC berkongsi nasihat buat aku.

Genap 5 tahun perkahwinan ini, aku tidak tahu samaada perasaan aku melebih lebih atau aku hanya menipu diri sendiri. Kami berkahwin ketika masih dalam pengajian di IPTA.

Awal perkahwinan memang ujian kehidupan masyaAllah sangat meninggi. Dengan tiada pendapatan, urusan pengajian serta kuliah sangat menyulitkan kami.

Aku ingin bekerja, sehingga sekarang dah 5 tahun, suami aku tak izinkan aku kerja melainkan kerja itu tahap professional sesuai dengan kelulusan.

Jadi, suami pernah berkata, “Kita, jangan ada ank dulu ye sebab kita kahwin tak complete apa pun, kahwin masih belajar. Kita relax relax dulu”.

Aku iyakan aje, tapi 5 bulan kemudian aku mengandung. Aku sangkakan suami akan gembira, namun sangkaan aku meleset. Malah suami menengkingku, macam mana boleh lekat..

nauzubillahminzalik. Aku terkelu bila disoal begitu. Aku sedih. Suami ku suruh buang. Dia tak nak. Aku diam, menangis tak berhenti sehinggalah aku gugur complete 8 minggu. Aku meroyan habis, aku hambur semua kata kata kesat pada suami aku.

Dia diam, tapi dia menangis bila lihat aku meraung kesakitan bila turun cairan merah habis penuh pad aku.

Dalam diam, suami berdoa, “Ambillah ank ini tapi jangan Kau ambil isteriku sebab Aku tak mampu hidup tanpa isteriku”.

Sepanjang berpantang aku marah pada suamiku. Sejak dari itu, kami kerap bergaduh. Pertama, soal pekerjaan dan kewangan.

Kedua, soal dia taknak ank dulu padahal aku nak ank. Seusai tamat pengajian, Kami tidak ada rezeki kerja seperti graduan yang lain. Jadi suami ajak pulang ke rumah famili dia.

Bermulalah kehidupan Kami bersama keluarga suami. Biasalah duduk di rumah orang, kena buatlah kerja jangan tunjuk pemalas.

Suami tak bagi aku kerja jadi aku stay di rumah mertua tunggu suami balik. Kadang kadang lepas dia balik kerja (kerja kerja biasa di kampung), dia hilang. Rupanya pergi main game di rumah kawan kawan, pergi lepak sampai 2-3 pagi.

Yang paling sakit hati, mak mertua asyik tanya ank dia mana. Kenapa tak balik lagi. Kan dah kahwin buatlah cara dah kahwin. Mak mertua boleh bebel kat aku,

bukan ank dia. Bila suami aku balik, aku ajukan pada dia, sebaliknya dia marah Aku, biarlah nak keluar. Kat rumah bukan buat apa. Terkapai kapai aku nak jawab dengan mak dia.

Kemudian, rezeki suami aku dapat kerja bagus, tapi di luar negeri. Ekoran dengan pekerjaan dia, dia tak boleh nak bawa Aku sekali. Entah, macam macam alasan dia.

Dia sewakan rumah yang berdekatan dengan rumah mak mertua. Dia sediakan kereta untuk aku ulangalik jumpa dia, dan semua bil bil utiliti dia uruskan. Dia amanahkan aku duduk di rumah sewa ini.

Ye, seorang diri. Sebatang kara di negeri orang. Aku jarang jumpa suami. Boleh jadi 2 bulan sekali, 3 bulan sekali. Itupun aku yang drive ke tempat suami.

Aku pernah ajukan biarlah aku duduk dengan famili aku, balik kampung sendiri. Dia tak bagi. Dia cakap nanti susahkan famili buat apa.

Masalahnya aku sorang sorang kat sini, nak makan minum sorang sorang. Bergerak beli barang dapur semua sorang. Famili mertua aku pun ada cakap tak takut ke duduk sorang sorang, kalau kerja kat sini takpelah.

Tapi macam biasa suami aku kata tak payah nak balik kampung, duduk je situ. Free dah semua. Tinggal duduk je. Terasa macam Cinderella pulak, tak pun puteri impian ala yang Amy Mastura berlakon tu. Hahaaa..

Dah 5 tahun macam ni, aku tak kerja, nak kerja biasa biasa pun nak hiburkan hati pun suami tak bagi. Aku nak balik kampung, suami kata nantilah balik.

Ramai tanya, even famili mertua tanya bila nak Ada ank. Aku tak tahu nak cakap apa kalau kami jumpa, suami pun tak bersama sangat. Bila jumpa boleh jadi bukan waktu subur aku. Aku keliru sekarang nak buat apa. Dia pun tak ada bila Aku perlukan dia.

Aku rasa macam bujang. Even waktu PKP 3 bulan, 3 bulanlah Aku tak jumpa dia. Padahal dia boleh je balik sini, sebab dia dicutikan sementara, tapi dia nak stay jugak di luar negeri.

Sempat je dia balik masa tu sebelum perintah tak boleh rentas negeri dikuatkuasakan tapi dia tak nak. Sekarang dia dah start kerja semula, lagi susah nak jumpa.

Kitaorang dah cberpisah sebelum ni sebab aku luahkan perasaan pasal nak ank. Tapi dia cakap kalau nak ank, pergilah carik orang lain. Nak bersama pun boleh kira dengan jari dalam setahun. Tapi aku takut kalau jadi janda.

Mungkin sebab pada aku dia okay soal lain, dah sediakan rumah untuk Aku berlindung walaupun rumah sewa, kereta tapi bukan atas nama aku, duit belanja 100-200 sebulan (duit untuk aku belanja sukahati),

boleh masak, pandai uruskan diri, basuh baju, cuci pinggan dan kuali sendiri.

Cuma soal ank je dia melenting. Jadinya aku rujuk balik. Tapi sampai sekaranglah tak ada perubahan. Sampai aku rasa aku ke yang problem tak lekat lekat.

Tapi nak lekat macam mana kalau sebulan sekali je bersama, dua bulan sekali bersama..

Bila aku ajak pergi jumpa doktor, dia tak nak. Dia kata kalau ada rezeki ada lah. Kalau takde, tak pe. Kita berdua je kan dah cukup. Hmm. Tolong aku. Bantu aku. Aku sunyi sorang sorang.

Kalau ada ank, aku tak kisah duduk sini di tempat orang bersama ank buat teman tidur, teman makan. Korang rasa apa patut aku buat?

Reaksi warganet

Nur Asha Bella – Tak salah kawin time study atau time muda kalau jodoh dah smpai. Tapi tu lah silap kalau kawin tapi still nk enjoy tak ingat rumahtangga baik tak payah kawen la. Pastu kau suruh pulak gugurkan anak kau yang takberdosa.

Eh jantan, orang lain tak de ank, nak ank tau. Aku tak faham la ape ade dalam kepala otak kau. Macam mane hidup kau nak berkat and berjaya kalau hati isteri sendri taknak jaga..

Nur Alwani – Awat takot dengan title J. Better than duduk berdua tapi rasa seorang. Your husbnd is a total crap. Ank takmau, balik jumpa bini pun takmau.Hang nak apa sebenarnya laki oi. Hes not ready mentally physically so whats worth waiting for.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *