Hiburan

Isteri saya cakap apa benda ni Yus semua orang cakap kita jutawan – Yusof Haslam

Isteri saya cakap apa benda ni Yus semua orang cakap kita jutawan. Saya cakap, ntah I rasa macam biasa jer, takde apa..”

Demikian perkongsian pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam tentang kisah awal kehidupan beliau sebelum berjaya dalam bidang perniagaan serta penerbitan drama dan filem.

Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan.

Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan dan menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

” Saya telah mula ceburkan diri dalam perniagaan sejak umur 18 tahun lagi.. Tapi itulah jatuh bangunnya..

” Arwh bapa saya hanya bekerja sebagai pemandu. Lepas dapat duit EPF, saya pun nak meniaga tapi pengalaman tiada.. Orang buka kedai runcit, kita pun nak buka kedai runcit.

” Saya dah lalui benda itu. Arwh bapa saya walaupun dia marah saya..zaman tu RM3 ribu buka kedai runcit dah kira besar dah..zaman tu tea tarik 10 sen je

” Tapi oleh kerana kasih seorang bapa kepada anak dia, daripada duit yang dia simpan untuk pergi menunaikan haji, dia ketepikan sedikit untuk anak dia..

” Jadi saya buatlah meniaga, tak sampai setahun..lingkup.. yelah pengalaman takde..bapa dah pesan jangan, kau baru abis sekolah sibuk nak meniaga

” Lepas itu macam-macam kerja saya buat lepas itu..saya pergi Pendekar Studio, pegang tombak (pak pacak) dapatlah Rm4 zaman tu..

” Lepas itu saya tiada kerja sampai arwh bapa nak rotan saya, katanya apa benda kau ni..dia paksa saya kerja.

” Saya pergi mohon kerja polis, berangan nak jadi Inspektor Polis, tapi tak dapat..

” Lepas tu pergi interviu pegawai penjara, dapat plak tu..tapi saya tak suka kerja penjara duk jaga orang salah, saya tak mahu..

” Kemudian saya menjadi konduktor bas selama 10 bulan..pernah sekali saya tersembam jatuh, driver tu brek sampai saya terjatuh, habis duit berterabur..

Tambah Yusof Haslam lagi, setiap pekerjaan itu ada hikmahnya meskipun sebagai tukang sapu. Semua itu memberi pengalaman dan menyedarkan dirinya bahawa inilah kehidupan sebenarnya. Setiap orang ada peranannya masing-masing.

” Kemudian Yusof Haslam menceritakan pengalamannya ketika mahu berjinak-jinak dalam dunia seni.

” Dalam masa sama saya gian nak berlakon pula, perasan nak jadi bintang filem.

” Saya mula berlakon dalam filem Permintaan Terakhir, usia saya ketika itu dalam 19 tahun.

” Jadi ketika itu saya nak berhenti jadi konduktor bas sampai pernah kena sound dengan abang saya, kau apa nak jadi ni nak jadi bintang filem pulak.

” Tapi saya teruskan juga, saya kontrak dengan Show Brothers ketika itu, Uji Rashid pun turut ada masa itu..

” Kemudian dalam pada saya berlakon filem tu, baru menyedarkan saya (bukan senang untuk berjaya sebagai pelakon)..

” Ketika itu tersedar yang saya perlu melakukan sesuatu. Saya mula meniaga dengan perniagaan menjual kereta terpakai.

” Masa tu saya dah ada nama jadi dapatlah saya ‘goreng’, dapatlah untung dari jual kereta. Artis-artis ramai yang beli kereta dengan saya..Jamal Abdillah, kereta pertama dia beli dengan saya tu..lepas itu Jay Jay dan ramai lagi lah.

” Dari keuntungan yang ada itu saya bermula membuka kantin dengan kerajaan dan macam-macam perniagaan saya buat.

” Sehinggalah saya melalui zaman perkahwinan pertama dan kedua, di mana dengan isteri saya yang sekarang Datin Fatimah Ismail (yang kedua) sudah 33 tahun usia perkahwinan..

” Bekas isteri pertama saya pun bagus, kami tiada apa-apa masalah. Tapi kami berpisah kerana tiada jodoh..

” Tak lama selepas itu arwh bapa mentua saya telah berikan satu peluang dan berkata pada saya, Yusof jangan kamu harapkan pada perniagaan kantin sahaja nanti tender habis kamu pun susah.

” Arwh bapa mentua kemudian berikan saya modal kepada saya RM30 ribu, jadi saya bukalah Restoran Haslam yang wujud sampai sekarang.

” Dalam masa saya menguruskan Restoran Haslam itu, saya masih berlakon lagi sebagai part time dan dari situlah jiwa saya kembali tenang..

Mula membayar zakat..

” Namun terus terang saya katakan, saya mula membayar zakat ketika saya berniaga kantin.

” Ketika itu, saya masih ingat pesanan arwh mak saya yang berpesan, kamu ingat Yusof kamu berniaga mesti bayar zakat..jangan tak bayar zakat.

” Jadi di situlah bermulanya saya membayar zakat.

” Tapi mungkin ramai tak tahu, saya suffer dengan perniagaan Restoran Haslam selama 2 tahun, meniaga tak jalan..warung bersepah jadi orang lebih suka makan di warung dari makan di restoran.

” Namun meskipun dengan sedikit keuntungan saya masih terus membayar zakat setiap tahun, alhamdulillah sedikit demi sedikit restoran itu mula maju dan bertahan sehinggi kini.

Yusof Haslam kemudian menasihati hadirin tentang kepentingan membayar zakat kerana kejayaan yang dikecapi sebenarnya bukan kerana kehebatan diri sendiri tetapi adalah rezeki dari Allah taala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *