Hiburan

“Inilah rumah saya yang tak seberapa,” Beli Rumah Baru Untuk Keluarga, Amar Baharin ‘Belanja’ House Tour

Amar Baharin atau nama sebenar beliau Amar Bin Mohd Baharin merupakan seorang pelakon dan model.

Pelakon yang membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan itu berkahwin dengan pelakon wanita iaitu Amyra Rosli.

Amar Baharin dan Amyra Rosli teruja berkongsi rumah baru mereka

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Amar Baharin teruja berkongsi berita gembira membeli rumah baru mereka menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya.

Video tersebut memaparkan kediaman barunya jenis berkembar dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor.

Menurut Amar, dia dan isterinya, Amyra Rosli membuat keputusan membeli rumah tersebut adalah untuk memberi peluang kepada anak-anaknya bermain di halaman rumah.

Inilah rumah saya yang tak seberapa

“Inilah rumah saya yang tak seberapa. Pada mulanya, kami bercadang membeli rumah ini sebenarnya nak bagi anak main-main di halaman luar ni”.

“Banyak perancangan juga yang saya dan isteri fikir untuk dekorasi rumah ini,” katanya.

Menerusi entri tersebut, Amar memuat naik rakaman video yang menunjukkan ruangan rumahnya dari ruang tamu, dapur sehingga bilik-biliknya di tingkat atas.

Ini bilik yang paling Amyra suka

Dalam video tersebut, Amar menerangkan satu persatu perancangannya untuk mendekorasi rumah tersebut.

Saya yakin 80 peratus adalah baju Amyra

Jelas pelakon ini lagi, mereka akan ada satu bilik khas untuk pakaian baju dan solekan Amyra.

“Ini bilik yang paling Amyra suka iaitu bilik wardrobe. Saya yakin dalam bilik ni nanti 80 peratus adalah baju Amyra. Disini juga aka nada ruang dan meja soleknya,” katanya lagi.

Terdahulu, pasangan selebriti kegemaran ramai ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang baru berusia 8 bulan.

Sumber : yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *