Semasa

Ini yg Anda Perlu Tau, dan Perkara yg Boleh Dilakukan Utk Lockdwn Kali Ini

Terkini! Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin mengumumkan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.

Ataupun ‘total lckdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Antara yang ditekankan ialah kebajikan untuk rakyat sepanjang Lckdown kali ini.

Majoriti rakyat sokong lockdown untuk turunkan kes. Tapi kerajaan juga perlu fikir kebajikan rakyat.

Laksanakan inisiatif ini kepada rakyat :

Moratorium automatik
Lanjutan I-Sinar & I-Lestari
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada B40 dan M40

Moratorium & pengeluaran KWSP tidak melibatkan duit kerajaan walau SESEN pun.

Jadi jangan lah ada manusia nak komen yang rakyat ni asyik nak bantuan jer.

          

Sebelum ni, mantan PM Najib telah beberapa kali mendesak kerajaan supaya melakukan total lckdown.

“Saya baca ramai komen yang minta saya desak kerajaan PN untuk buat full lockdown sekarang.

Tapi saya bukan tak pernah desak. Saya dah saran dan desak sejak bulan Januari lalu semasa PKP 2.0 bermula.

Pendekatan saya dari mula-mula lagi ialah jika Rakyat perlu berkorban maka semua perlu berkorban bersama seketika untuk memberi impak maksima dalam perang lawan Covid.

Supaya penderitaan tidak berpanjangan.

Saya telah berpuluh kali ulang saranan yang sama sepanjang PKP 2.0.

Semasa PKP 3.0 bermula, saya juga juga ulang saranan tersebut sebab saya tahu mengulangi perkara yang sama berkali-kali tidak akan membawa kepada hasil yang berbeza.

Tapi kerajaaan ini tersangat pelik.

Benda yang gagal suka diulang.

Lagi gagal, lagi gemar depa ulang.

Konsep “short term pain, long term gain”, depa macam tak pernah dengar.

Nak kata depa bodoh pun tak guna sebab mereka tak nafi pula.

Jika mereka buat apa yang saya saran masa itu, tak adalah PKP 3.0 hari ini dan tak berlakunya keadaan Covid ketika ini di mana Malaysia menjadi top 10 dalam dunia.

Juara Covid ASEAN dan jumlah nyawa terkorban serta kes baharu berlumba-lumba pecah rekod tiap-tiap hari.

Akibatnya, masa Rakyat selama 5 bulan dibazirkan depa dan lebih 400,000 warga Malaysia termasuk 64,000 kanak-kanak dijangkit Covid dalam tempoh darurat ini.

Korang fikir angka 400,000 ini angka yang kecil ke?

Saya tak tahu mereka masih tunggu apa lagi sebab frontliners dan kapasiti hospital sudah pada tahap sangat kritikal.

Sampai sinilah saya nak ulas kali lini. Nanti kemarahan dan kekecewaan saya tak dapat dikawal.

Sudah tiba masa untuk Rakyat tuntut mereka buat full lockdown atau stepdown.

Sumber : gstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *