Keluarga

IbuSangka Ank Terkena Sawan, Rupanya Lumpvh akibat Gigitan Kutu

“Saya terkejut Dr beritahu Air Liur kutu atas kepala anak saya sudah masuk ke dalam saluran darah.. Ank saya sudaah lumpuh..Tolong sebarkan pada Ibubapa yang lain..

Saya taknak anak mereka senasib anak saya.”

Sepasang suami isteri terkejut apabila mereka mendapati anaknya yang berus 3 tahun tidak dapat bergerak selepas bangun tidur.

Pada awalnya Pasangan suami isteri Dillon dan Stephanie mendakwa anak mereka mengalami mimpi buruk hingga terkena sawan.

Namun setelah di tenangkan anaknya itu tidak bergerak dan berdiri.Risau akan keadaan anak mereka,pasangan suami isteri berkenan membawa anak mereka Collin kehospital untuk membuat pemeriksaan.

Sebelumnya Collin di dapati jatuh ketika bermain bisbol dengan beberapa saudaranya yang lain,namun pada ketika itu Collin kembali bangkit dan melanjutkan permainan semula.

Di hospital doktor menjalankan beberapa pemeriksaan kecil dan mendapati luka kecil di bagian kepala Collin dan menemukan binatang sejenis kutu disitu.

Menurut doktor Collin tidak dapat bergerah “lumpuh” adalah akibat dari gigitan kutu dikepalanya.

Kelumpuhan itu disebabkan air liur yang dikeluarkan binatang itu.“Neurotoxin ini tergantung di kelenjar ludah mereka (kutu),” kata Dr. Travis.

Air liur dari kutu itu terus masuk ke darah dan menyebabkan tubuh kanak-kanak tersebut sukar bergerak bermula dari kaki terus menjalar ke bagian atas tubuh dan menyebabkan kanak itu lumpuh.

Belum diketahui dengan jelas jenis kutu yang menyebabkan tubuh Collin tidak bisa bergerak.

boleh menjadi pelajaran dan kewaspadaan bagi para ibubapa di seluruh dunia ssupaya mereka sentiasa beringat daan mengambil berat tentang kesihatan anak-anak kerana mereka adalah amanh Allah untuk di jaga.

Antaranya lagi

Awek dalam hospital tapi pakwe boleh pergi holiday dgn ex tido satu katil. Tiba tiba pakwe buat sesuatu yg membuatkan awek dia tergamam. Terkedu bila dapat tahu siapa sebenarnya pakwe dia.

Foto sekadar hiasan. Semalam aku ada terbaca artikel ‘Allah Uji Apa Yang Kita Sayang’ by Esya. Kisah dia ni sama macam dengan kawan aku yang aku namakan sebagai Balqis. Kawan baik aku. Kawan aku yang masih di fasa melayan kecewa yang aku harap akan berakhir dengan cepat walaupun aku tahu mustahil.

Balqis pernah bertunang dengan lelaki bekerja di tengah lautan. Lelaki ni pulak kawan futsal abang aku. Setianya Balqis sepanjang bercinta sampai bertunang tak pernah ada ruang untuk lelaki lain. Serba sedikit mengenai Balqis ni dia sebaya Esya. Orangnya cantik, kulitnya cerah, manis bertudung, berfesyen muslimah, bekerja dalam bidang profesional, sangat berdikari. Tetapi malang bagi dia tunang yang dia setia sebenarnya menyimpan rahsia terbesar dalam hidup.

Tunangnya pernah berkahwin tetapi dirahsiakan dari pengetahuan Balqis ni. Bila dah tahu, Balqis nekad tinggalkan tunang dia. Masa Balqis nak ambil keputusan ni, dia datang jumpa mak aku sebab mak aku dulu kaunselor. Dia nak nasihat, dia nak semangat.

Mak aku nasihatkan dia macam2 dan lepas tu memang dia nekad putus tunang. Tunang dia setuju walaupun sakit (Hari kawin dah dekat). Balqis terus hidup macam biasa. Pernah jugak aku tanya tak nak cari ganti ke? Dia senyum je jawab,

“Hati aku ni dah tak reti nak sayang orang. Nanti la kalau ada doakan aku”. Yang aku perasan ni je jawapan dia bila orang tanya dia, “Bila lagi?” baik kat FB, baik kat IG, baik kat kenduri. Balqis ni kalau nak ikutkan pakej lengkap dah jadi calon isteri mithali. Tapi nasib belum menyebelahi dia dalam perhubungan.

Entah bila dia berkenalan pulak dengan sorang lagi lelaki yang aku namakan dia Apis. Same jugak lah kerja tengah laut. Sama ada kebetulan ke apa aku tak tau. Tapi rasanya dia pun ok sebab abang dengan adik dia pun kerja tengah laut.

Dah beberapa bulan diorang in relationship baru aku tau. Nampak Balqis ni lebih ceria dan semangat bila kenal Apis ni. Rupanya dah serius ke arah perkahwinan dah pun. Aku happy tengok dia macam tu. Yang stress Farid (ex tunang B). Farid ingat Balqis akan cari dia balik tapi dia silap. Balqis move on dan tak pandang belakang dah. Farid suruh aku pujuk Balqis. Macam aku cakap Balqis ni wanita independent, dan biasanya keputusan dia muktamad.

Pada aku, kalau aku jadi Apis ni aku dah tak cari lain dah. Kasih sayang, setia, hormat dan ciri-ciri buat bini (pandai masak, pandai ngaji, jaga aurat, jaga solat, garang dengan lelaki) yang ada kat Balqis ni cukup buat lelaki bahagia.

Tapi, macam aku cerita awal tadi. Balqis ni nasib tak baik dalam hubungan. Takde angin tiba-tiba aku dengar Apis tinggalkan dia tanpa kata. Hari ditinggalkan tu Balqis dalam hospital kat unit rawatan rapi. Ye teruk keadaan dia.

Apis yang pernah menangis masa kawan aku warded sebelum ni hilang macam tu je walaupun sepupu kawan aku dah bagitau. 3 minggu Balqis dalam wad. Sekali pun Apis tak ambik tau. Yang siang malam turun naik hospital, Farid. Tak habis lagi sesal dia. Yang aku tau Apis boleh pergi bercuti lepas sepupu Balqis ni bagitau keadaan Balqis.

Bila jadi macam tu kawan-kawan rapat kitorang mula cari tau siapa Apis ni sebenarnya. Apa yang dia buat. Tak susah bila kawan-kawan kerjasama (dari semua ceruk jabatan kawan-kawan kitorang korek). Syarikat penerbangan pun terlibat. Tekejut la semua yang tau.

Sebab, ikut cerita Balqis, Apis ni bujang umur 33 tinggal di sebuah negeri sebelah KL (utara), kerja di tengah laut, peribadi baik. Selama ni pun kawan-kawan kitorang ramai setuju cakap nampak layanan Apis ni memang sayang kat Balqis. Tapi tahu apa yang kami jumpa?

Apis ni dah pernah berkahwin 2018. Tak pernah berpisah dan belum ada rekod failkan perpisahan. Rekod syariah yang kami jumpa, kes kena tangkap basah dia sebanyak 2 kali, rekod pergi Indon dengan Ex, check in sama bilik dengan ex dan beberapa lagi rekod yang tak berapa baik.

Dalam keadaan dan rekod ni aku rasa cukup dah untuk Balqis move on. Lagi pun Apis dah blah tinggal dia. Tapi aku silap. 2x kena dump buat dia jadi heartless. Rasa dia dah hilang. Bukan takde yang try dia, hati dia dah takde untuk hubungan yang sia-sia.

Sekarang dia fokus pada kerjanya, dan baru-baru ni dia dah berjaya beli kereta impian dia Merc A250. Yang aku tau, dia tak pernah lupakan Apis dia walau seburuk tu yang Apis dah layan dia. Sebagai kawan yang rapat dengan dia, aku nampak kuatnya dia berpura-pura depan manusia untuk menampakkan dia okay. Mata dan senyum dia dah tak sama macam dulu. Dua benda yang manusia tak boleh tipu. 2 minggu dah ni dia stay dengan family aku (masa dia datang esoknya perintah PKP so dia tak boleh balik).

Balqis pernah kata, “aku move on tapi bukan maksud aku lupa. Aku cuma sedar ada beberapa perkara dalam hidup ni kita boleh sayang orang tapi bukan bermakna dia milik kita. Kita boleh bercinta bertahun-tahun tapi setia tu pilihan. Kali pertama mungkin kesilapan, kali yang seterusnya lebih kepada mencari alasan”.

Rutin yang menjadikan dia kuat? Lebih kepada spiritual sebenarnya. 2 minggu ni memang aku nampak dia menangis tapi depan aku dah kurang. Setiap malam sepanjang 2 minggu ni aku nampak (dia ingat aku tidur betul) dia bangun dan menangis atas sejadah- menangis yang paling sakit, menangis tanpa suara. Dia mengaji setiap kali habis solat- ada masanya aku nampak dia lap air mata masa mengaji.

Aku tau dia sedang mencari kekuatan. Aku taknak kacau masa dia berdua dengan Tuhan. Aku taknak dia tau aku nampak dia lemah, Balqis aku sentiasa doa kau kuat Balqis. Aku sentiasa doa kau dilapangkan dada dan diberi ketenangan jiwa. Menangislah Balqis kalau tu mampu menguatkan kau.

Bagi aku, dia tak rugi pun kehilangan Apis. Nilai diri wanita seperti ini terlalu besar untuk manusia sampah jenis Apis dan Haziq. Persamaan diorang? Tak berani berhadapan dengan wanita yang sayang diorang sepenuh jiwa. Perempuan ni bila dah sayang, sayang betul. Orang selalu kaitkan wanita yang ada relationship dengan Abam Offshore ni tak setia (bukan semua). Tapi sekarang, yang terbuktinya lain.

Kalau Apis ada terbaca artikel ni, terima kasih pis. Kau terbaik. Semoga bahagia hidup kau sampai syurga. Aku doakan jugak satu hari nanti akan terbuka pintu hati Balqis untuk lelaki yang bakal lap air mata Balqis yang jatuh sebab kau. Dan air mata dia takkan jatuh lagi untuk kau. Kau pun ade adik beradik perempuan pis. Jenguk-jengukla selalu. Takut nanti adik beradik perempuan kau pulak kena dumb macam kau buat Balqis ni.

Buat Esya, Balqis dan wanita-wanita yang senasib, aku doakan korang kuat selalu. Move on lah bila tak dihargai. Ramai lagi orang yang sayangkan korang dan ada je lelaki yang mengharap korang jadi pasangan cuma belum berjumpa lagi. Teruskan berdoa, teruskan perbaiki diri. Jodoh yang terbaik OTW untuk korang insya-Allah!

Part 2

Assalamualaikum. Terima kasih admin approve post aku yang lepas. Aku baca komen korang. Macam-macam ye. Tapi kebanyakan positif alhamdulillah. Aku harap Balqis pun baca sama sebab dia selalu jugak share content dari sini kat FB dia.

Apa yang aku tulis tu aku dah cuba ringkasan sahaja. Tapi ada yang tanya kenapa Balqis tinggalkan Farid? Aku cerita sikit lah pasal Farid. Farid ni berjambang nipis, tinggi dari Balqis, badan biasa-biasa, ada rupa, kulit sawo matang dan memang melayan Balqis ni cukup baik.

Sebab ditinggalkan bukan sekadar Farid ni tipu status dia pada awal-awal je puncanya tapi sebab mak Farid sebenarnya tak restu hubungan Farid dengan Balqis. Salah satu sebabnya, Balqis ni asal di selatan tanah air. Farid pulak dari negeri pantai timur.

Ada ketidaksefahaman kat situ(aku taknak ulas yang ni) Farid dah cuba selesaikan tapi tak berjaya. Lepastu ada lagi isu-isu lain yang muncul yang buatkan diorang gaduh selalu. Balqis rasakan terlampau banyak Farid tak jujur dan dia taknak ada lagi ada benda-benda lain muncul lepas tu.

Keputusan untuk putus tunang tu tak mudah dia nak buat tapi dia cakap rela dia menangis sekarang dari makan hati nanti. Dia taknak hubungan Farid dengan mak dia jadi renggang cuma sebab ni. Dan, itulah keputusannya. Pertunangan tu diputuskan.

Sampai sekarang Farid masih cuba nasib. Dia masih sayang Balqis tapi Balqis sekadar hormat perasaan Farid. Balqis dah takde perasaan pada Farid. Itulah Balqis yang aku kenal. Tegas dengan keputusannya. Farid bagitau dia menyesal sebab lepas putus tunang dengan Balqis dia takde ambik tindakan untuk pujuk Balqis pun.

Dia biar Balqis layan perasaan dia sampai Balqis boleh move on dengan sendiri dan boleh kenal Apis. Farid ingat Balqis akan cari dia balik. Ini lah masalah kebanyakan lelaki kan? Lambat bertindak. Take everything for granted.

Tapi nasi dah jadi bubur. Aku harap Farid pun boleh move on sama sebab dah 2 tahun dah pun benda ni jadi. Bagi cerita Apis pulak. Aku masa tau dia dengan Apis ni tak berapa berkenan pun masa mula-mula tengok gambar Apis tu. Okay, bukan nak cakap pasal rupa tapi entahlah ada rasa tak best. Tambahan pulak dia pun Offshore. Aku takut benda sama jadi lagi. Lagipun entahlah aku rasa dia tak sesuai dengan Balqis.

Macam aku cerita pada previous post, Balqis ni cantik, berkulit cerah, tinggi orangnya (165cm). Apis? Berkulit gelap, rendah dari Balqis dan rupa biasa-biasa sahaja (boleh je nak cakap tak handsome tapi terasa pulak Balqis nanti. haha-ok gurau handsome tu subjektif) tapi dia layan Balqis baik, dia pandai ambik hati Balqis dan nampak dia care, sayang kat Balqis.

Dan dari cara Balqis cerita pasal Apis aku nampak dia memang happy dengan Apis. Takde yang buruk pun pasal Apis yang dia cerita. Aku nampak dia dah ceria balik macam dulu. Semangat kerja, semangat dalam aktiviti dia yang dia buat sebelum ni (dia selalu terlibat bantu NGO dalam aktiviti kebajikan), lebih berseri-seri dari sebelum ni. Penangan bercinta dan bahagia lah katakan.

Aku pun seronok lah dia dah banyak cakap balik macam dulu. Bercerita pasal Apis takde yang buruk pun yang keluar dari mulut dia sebab dia pun selalu cerita yang baik-baik je pasal orang. Masa kejadian hampir jadi, adalah dalam 2 minggu straight dia tak datang cari aku kat office pun jumpa sekejap-sekejap tambahan aku sendiri pun busy dengan kerja dan thesis aku memandangkan aku ni masih student part time.

Aku perasan status whatsapp dia kadang-kadang sedih, bila aku tanya dia cakap dia okay cuma dia suka ayat dalam quote tu. Itulah Balqis yang aku kenal semua okay walaupun tak okay. Tu yang dia pernah kena marah dengan Apis dulu. Dia terkena kejadian yang tak diingini tak bagitau Apis masa tu pulak Apis atas laut.

Bila Apis tanya jawapan dia semua dia okay je padahal kereta terbabas dah. Dan itulah Apis yang dulu. Sangat risau kan Balqis. Itu jugak yang ubah persepsi aku kat Apis. Yang buat aku rasa Apis ni betul-betul boleh sayang and jaga kawan aku. Tapi tu lah… Macam komen yang aku baca, Apis cetan. Haha…

Ada juga yang tanya kat komen Apis ada buat apa-apa pada Balqis ke? Aku yakin takde. Dari zaman dia bercinta dengan Farid dulu, kalau dating mesti dia bawak adik dia/housemate dia. Lagi pun aku nampak Apis tu hormat je Balqis tak pernah lebih-lebih lagi. Aku jugak yakin Balqis tau dan berpegang pada batas-batas agama (selama aku berkawan dengan dia aku tau dia tau jaga diri dan tak buat benda-benda yang tak sepatutnya). InsyaAllah.

Kejadian Apis tinggalkan kawan aku, Balqis. Apis ada minta Balqis selesaikan urusan rasmi dia sebelum Apis tinggalkan Balqis. Ya Balqis tolong selesaikan sebab Balqis pun kerja dalam lane tu. Sampai selesai Balqis tolong walaupun nak selesaikan benda tu kena turun naik office berkaitan dan Balqis sendiri busy dengan kerja-kerja dia.

Bila dah selesai, Apis tinggalkan Balqis. Aku bila tau benda ni rasa nak marah sangat-sangat. Balqis ada tinggalkan memo kerja seminggu pada staff dia- no telefon dan urusan yang kena selesaikan. Sebab aku pernah partner dengan Balqis untuk certain project, aku check dengan staff untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh (meeting, attend client, documentation).

Bila aku check semua memo jadi sakit hati bila tau ada urusan Apis yang sepatutnya Balqis tak payah susah-susah buat kan pun. Sebabkan nak tau siapa Apis ni, dari maklumat urusan rasmi yang ni lah kitorang korek semua pasal Apis (No IC je pun). Kalau ada yang tak kisah kawan korang berhadapan dengan pasangan yang macam ni takpe. Aku kisah.

Hari Apis tinggalkan B- Bila tau Balqis kat hospital aku terus ke hospital. Risau takut tak payah cakap la nak tercabut jantung ni rasanya. Masa sampai aku nampak mak ayah, family dia and kawan-kawan dia ada kat emergency. Aku jumpa sepupu dia berbual sama. Sepupu dia cerita dia terbabas masa otw balik dari hantar makanan untuk atok dia kat hospital. Hilang kawalan dan terbabas jatuh ke bawah.

Sepanjang Balqis warded, tak putus kawan-kawan Balqis, orang yang dia kenal datang melawat baik masa dia sedar dan tak sedar. Ada je yang datang. Aku tunggu Balqis dari hari pertama dia warded walaupun tak boleh masuk dalam ICU tu. Habis kerja aku mesti ke hospital.

Dan sejak hari ke 3 tak salah aku, Farid turun laut dari (Terengganu) terus ke hospital. Dan hari-hari jugak Farid ada. Dia habiskan cuti dia tunggu Balqis kat hospital. Apis? Dia bercuti! Siap ke Indon dengan perempuan lain yang aku dengar ex tunang dia Seronok hidup kau eh pis?

Dia tak peduli langsung keadaan Balqis. Jangankan melawat. Tanya khabar pun takde walaupun tau Balqis eksiden lepas tau Apis tinggalkan dia. Kawan aku fight and survive. Hari Balqis sedar dan buka mata adalah hari paling melegakan semua orang. (Aku takde harap Apis datang tengok Balqis, aku cuma cerita macam macam mana Balqis ditinggalkan).

Mana aku tau Apis gi Indon? Boleh tersama flight dengan kawan kitorang. Dah la kawan tu orang yang paling tak setuju Apis dengan Balqis. Untuk confirmation, kitorang mintak pulak kawan yang kerja dengan syarikat penerbangan trace betul ke tidak takut salah orang. Jadi, lepas check ye betul sama destinasi dengan kawan kitorang. Pergi berdua. Bila Allah nak tunjuk, kau soroklah hujung dunia mana pun orang tau juga.

Lepas keluar wad Balqis memang senyap dan tak jumpa sape-sape. Baru berapa minggu Balqis tak datang rumah, mak ayah aku pun mula dah banyak kali tanya Balqis taknak datang rumah ke? Macam aku cerita awal tadi, Balqis ni akan bercerita bila dia bersedia. Lepas sebulan Balqis keluar wad, ayah aku ada anjurkan majlis ilmu dekat rumah. Mak ayah aku macam biasa suruh ajak Balqis. Alhamdulillah Balqis datang.

Aku nampak dia tenang tapi mata dia sedih. Dia tetap usaha gigih buat macam biasa. Tolong kat dapur, join jemaah, tazkirah, join tahlil semua. Bila dah selesai kitorang lepak dalam bilik. Masa ni lah dia mula bercerita. Masa ni jugak lah dia menangis semahunya. Aku tak tahu berapa lama dia tahan air mata tu.

Dia menangis teresak-esak sambil bercerita. “Apis pilih untuk tinggalkan aku. Lillahhitaala aku cuba terima macam mana aku terima dia muncul dalam hidup aku dulu”. Dia peluk aku, kuat. Basah bahu aku dengan air mata dia malam tu.

Itulah sekali dia menangis dengan bersungguh-sungguh depan aku sebab Apis. Aku jadi speechless tengok keadaan dia. “Allah tengah uji kau Balqis. Insyaallah kau kuat”. Ini je yang mampu aku cakap masa tu selebihnya aku peluk dan menangis sama-sama dia.

Malam tu juga kami sama-sama bangun solat tahajud, taubat dan baca Al Quran sampai subuh. Aku nak Balqis tau dia tak sorang-sorang dengan keadaan dia macam tu. Tangisan dia masih jelas kat telinga aku. Mengharap bantuan kekuatan dari Allah mungkin.

Lepas dari hari tu, masa terus berjalan. Balqis kembali ke office. Dia fokus pada kerja dia dalam keadaan dia macam tu pun. Perubahan kat ofice dia jadi lebih tegas dan kurang bercakap. Tapi performance mantap. Makin laju dia bekerja dan tak pandang belakang dah walau pun muka dia jelas kesedihan.

Usaha dia dari tahun lepas Allah balas tahun ni. Semua berhasil. Sebenarnya tahun lepas lagi dia mampu nak beli tapi sebab fikir nak kahwin dia hold dulu. Dah tak jadi kahwin keluar la kereta idaman. Tahun ni aku nampak dia all out kejar cita-cita dia. Allah akan mudahkan jalan kau Balqis insyaAllah.

Dan yang terkini, Balqis datang rumah aku 2 minggu lepas macam biasa santai-santai je. Tapi tak sangka pulak PKP dan dia tak boleh rentas negeri. Dia pun stay je kat sini. Dan sepanjang 2 minggu ni lah aku nampak sebenarnya dia masih mencari kekuatan untuk dia teruskan hari-hari dia.

Dia bangun setiap hari sepertiga malam. Hari-hari jugak lah aku nampak dia solat, berdoa sambil menangis dan baca Al Quran. Dia sedang berusaha untuk kuat dan terus kuat. Dia ada cakap dia tak marah dengan apa yang Apis buat. Dia tak berdendam dan tak lagi mengharap macam dulu.

Cuma aku faham kadang-kadang rindu tu masih ada. Sampai sekarang, tak ada satu pun cerita buruk pasal Apis yang keluar dari mulut dia tapi kitorang yang cari tau sendiri. Semua pasal Apis yang baik2 je. Kata Balqis, ‘Apis bahagian cerita terindah yang Allah pernah aturkan untuk aku cuma, tak lama. Aku yang leka dengan sifat dunia. Bukan salah dia pun.’

Yang betulnya, dia cuba bertahan untuk hilangkan rindu. Pernah beberapa kali terlepas dari mulut dia. ‘Apis dah sampai mana agaknya ni biasa lepas Isyak dia gerak’, ‘Apis itu, Apis ini’, ‘eh macam Apis’. Benda dah biasa kan. Pis, Balqis ingat lagi jadual kau, dia masih ingat kau. Kadang aku saje tanya balik apa dia cakap/tanya konon tak dengar. Tapi jawapan dia mesti tak sama macamlah aku tak dengar hehe.

Entah apa yang Balqis tengah rasa sekarang mungkin aku tak faham. Dia tengah battle dengan perasaan dia. Dia sedang berusaha untuk move on mungkin?Semoga kesedihan dia cepat berlalu. Aku rindukan Balqis yang ceria dan banyak cakap macam dulu bukan Balqis yang buat-buat ceria macam sekarang.

Ada antara kawan-kawan kami yang cakap, Balqis ada rupa, ada kerja nak risau apa nanti kejap dapat la pengganti. Hati Balqis ni dah totally hancur dah dengan apa yang Apis buat. Balqis dicari sampai jatuh sayang, kemudian Apis menghilang.

Aku rasa tak mudah untuk Balqis memulakan relationship dalam waktu terdekat. Dia dalam healing process yang aku sendiri pun tak tau berapa lama dia akan ambil masa.Balqis pernah cakap kat aku, jadi pasangan offshore bukan senang. Ditinggalkan berminggu-minggu. Tak ada masa untuk pasangan, hadapi hidup di darat sendirian dulu sebelum pasangan balik ke darat.

Ini yang dihadapi Balqis dengan sabar. Tak pernah terlintas mencari lain walau ada je yang berkirim salam, mencuba nasib maklum sahajalah kerja Balqis memerlukan dia berjumpa dengan orang. Setia tu mahal nilainya. Kaya mana pun seseorang, takkan mampu membeli kesetiaan seseorang. Cuma, bahagian Balqis setia dia diberi pada insan yang mungkin ada gaji yang mahal (seperti yang orang selalu cakapkan) tapi punya nilai diri yang murah.

Ada yang komen Balqis akan bersyukur kehilangan Apis sekarang. Ya, aku pun rasa perkara yang sama. Macam aku tulis previous post, Balqis tak rugi pun kehilangan Apis. Cuma untuk dia betul-betul rasa macam ni perlukan masa.

Doa aku untuk kau Balqis, semoga kau diberi ketengan jiwa, semoga kau dipertemukan dengan jodoh yang akan sayang kau, setia dengan kau dan hargai kau sampai hujung nyawa. Semoga kau sentiasa diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga semua urusan kau dipermudahkan.

Semoga kau dimurahkan lagi rezeki macam laut tak bertepian. Aku sayang kau Balqis. Tengok keadaan kau macam sekarang buat aku sedih. Aku harap sangat kau kembali jadi Balqis yang aku kenal dulu. Balqis yang ceria, Balqis yang suka kacau orang, Balqis yang potpet bercerita.

Dugaan Balqis mungkin tak sehebat Puan-puan yang dah berkahwin dan ada anak-anak. Cuma aku mengharapkan apa yang aku share tentang perkara yang terjadi depan aku ni dijadikan pengajaran buat pembaca yang berada atau akan diuji perkara yang sama. Sakit melihat orang yang dekat dengan kita terluka dan bersedih walaupun dia cuba sembunyikan.

Aku yakin Balqis kuat dalam menghadapi dugaan ni dan dah ready untuk move on dah pun(macam dia cakap move on tu bukan untuk melupakan tapi untuk sedar tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. Orang yang kita sayang tak semestinya jadi milik kita).

Aku harap kesedihan dia hilang. Aku yakin Allah bantu dia. Aku sebagai kawan boleh dengar apa je yang dia cerita tapi tak mungkin aku mampu nak bawak sedih dia tu hilang macam tu je. Aku mohon jasa baik baik pembaca, sama-sama kita doakan Balqis dan wanita-wanita lain yang senasib supaya Allah hilangkan kesedihan dan kedukaan kat hati diorang.

Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan akan menjaga diorang, setia dengan diorang sehingga hujung usia. Betul komen-komen reader, usaha dan letak pengharapan kita pada Allah. Berdoa dan bertawakal lah. Allah membolak balikkan hati manusia semoga hati-hati kita sentiasa tetap dengan kebaikan.

Akhir sekali, terima kasih untuk semua komen-komen positif dan manis dibaca. Semoga doa yang baik-baik, kata-kata yang baik-baik semua berbalik pada korang balik. Maafkan aku andai tulisan aku ini ada melukakan hati mana-mana pihak. Yang buruk tentunya dari aku sendiri dan yang baik dari Allah SWT.

Sumber – Kawan Balqis (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *