Semasa

Ibu Tak Sangka Jenazah Anak Dalam Keadaan Sempurna, Disangka Rentung

Pemergian lima sekawan dalam kemalangan jalan raya berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar pada Khamis lalu masih dirasai orang ramai terutama ahli keluarga mangsa.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut laporan media, kesemua pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu rentung selepas tersepit antara dua buah treler dalam kereta dinaiki mereka sebelum terbakar.

Membayangkan situasi ngeri itu, pasti tidak dapat menggambarkan keadaan mangsa. Tapi, lain pula cerita dikongsikan ibu kepada salah seorang mangsa iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar atau Ayun.

“Saya tanya mak-mak (mangsa) yang lain, keadaan juga sama. Sebab bila kita dapat tahu meninggal dunia dalam keadaan terbakar, macam terlalu (teruk) sangat,” ujarnya.

Terdahulu, selain Muhammad Nasrun, mangsa yang maut adalah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis.

Sementara itu, semandu treler yang terbabit dalam kemalangan terbabit direman sehingga Rabu ini dan siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar.

Semua saman itu termasuk lapan kesalahan memandu laju, selain dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Bagusnya keluarga ni, bagusnya didikan mak ayah kepada puan ni, semoga arwah di tempat kan dikalangan orang yang beriman” – Shaff

“Tenang je ibu dia ceritakan, semoga 5 Almarhum diletakkan diklangan orng yang beriman. Aamiin” – Man

Tonton Video Penuh :

Sumber: TikTok @mummyiqrash , Facebook search

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *