Infomaklumat

Ibu Panik Nampak Tanda Hitam Dalam Mulut Anak, Jawapan Nurse Sgt Mengejutkan

Seorang ibu biasanya akan sedar apa-apa perubahan pada anak-anak mereka.

Begitu juga ibu ini yang dikenali sebagai Darian Depreta ini.

Pada suatu hari, Darian perasan macam ada sesuatu yang pelik dalam mulut anaknya yang bernama Bella.

Dia pun melihat dengan lebih dekat untuk memeriksa benda tersebut.

Dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat ada benda hitam dalam lelangit mulut anaknya!

Darian berkata pada mulanya dia cuba untuk membersihkannya sendiri tetapi apabila tanda itu tidak tanggal.

Dia terus menghubungi ibunya dalam keadaan panik.

30 minit kemudian dia membuat temuduga dengan doktor untuk melihat keadaan anaknya.

Ibu Panik Nampak Tanda Hitam Dalam Mulut Anak, Jawapan Nurse Sgt Mengejutkan

Apabila mereka pergi ke pejabat pengamal perubatan, jururawat sekali lagi cuba untuk mengelap bahagian lelangit mulut anaknya itu.

Tetapi berkata dia tidak pernah lihat sesuatu seperti itu.

Jururawat hanya dapat memberitahu Darian bahawa ia adalah tanda lahir.

Tetapi Darian tahu itu tidak benar kerana dia selalu membersihkan mulut anaknya dan tanda tersebut tiada di situ sebelum itu.

Ibu Panik Nampak Tanda Hitam Dalam Mulut Anak, Jawapan Nurse Sgt Mengejutkan

Dia kemudian diberitahu bahawa anak perempuannya akan ditemukan dengan 2 pakar.

Selepas menegaskan tanda dalam mulut Bella bukan tanda lahir, jururawat memutuskan untuk mencuba memeriksa sekali lagi dengan lebih teliti.

Darian kemudian menunjukkan dihujung tanda bulat itu kelihatan putih.

Jadi jururawat itu dengan sedaya upaya cuba menghakis lelangit bayi itu sehingga tanda itu tertanggal.

Baru mereka tahu tanda hitam itu sebenarnya ialah cebisan kotak!

Ibu Panik Nampak Tanda Hitam Dalam Mulut Anak, Jawapan Nurse Sgt Mengejutkan

Si ibu ini kemudiannya memberitahu yang anaknya si Bella memang suka menggigit benda seperti kotak disebabkan giginya baru nak tumbuh.

Darian bersyukur kerana tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada anaknya.

Bukan hanya pada otak mereka malah juga memberikan kesan kepada tubuh badan kanak-kanak.

Ikuti pula perkongsian daripada Hafiz Sulaiman berkaitan kesan jika anak tegigit barang mainan palsu ini.

Kisah benar ni jadi masa PKP.

Seorang ibu mengadu masalah anak kecik. Umur 6-7 tahun baru. tapi ada keputihan.

Umur kecik puting dah berputik dan sakit. Emosi anak tak stabil. Asyik marah, menjerit..menangis.

Emosi ibunya lagi terganggu. Anak kecik lagi dah macam nak baligh.

Seperti ada gangguan hormon. Memang sekarang isu berleluasa, anak kecil baligh awal..

Lepas selidik dan tanya macam-macam.. Baru lah jumpa “pengganggu hormon” ini.

Tabiat si anak ini, bila main. Gigit mainan “lego fake”.

Hari-hari main. Susah nak bukak blok ni, kadang cantum kuat. Anak-anak kecik selalunya GIGIT blok mainan ni.

Mainan fake ni banyak risiko kandungan logam berat toksik. Kadmium, plumbum, merkuri, arsenik.

Lego ori atau vintage tahun 70-80an pun pernah kecoh sebab tinggi logam kadmium.

Sekarang dah tak ada dah dalam lego ori.

Pernah saya nampak anak saya gigit, saya larang dan cerita bahayanya. Terus dia tak berani tak gigit lagi.

Logam berat dalam mainan ini merupakan PENGGANGGU HORMON.

Bahan toksik logam berat dalam mainan ni juga berisiko ganggu imun badan.

Badan jadi sensitif dan berisiko cetuskan ekzema, resdung, asma, migrain, penyakit autoimun dan lain-lain.

Bahan toksik ini contohnya kadmium berisiko rapuhkan tulang, sebabkan kanser dan rosakkan organ buah pinggang dan organ hati.

Hormon kewanitaan terutamanya akan terganggu, jadi organ kewanitaan berkembang pesat.

Kesian kat anak-anak..Kecik-kecik dah ada breast. Period keluar awal kena ejek.

Badan matang tapi jiwa anak-anak main lari-lari.

Jangan biarkan bahan toksik ini rampas waktu kecil mereka terlalu awal.

Saya tak suruh buang mainan plastik dari China atau fake toys tu..

Cukuplah usaha kita ibu bapa pantau anak-anak kita. Tegah mereka daripada gigit atau masukkan mainan dalam mulut.

Ada jugak yang suka solekkan anak kecik gegirl sebab comel.

Awas ya bahan kimia kosmetik juga boleh tumbuhkan tetek awal, pendarahan pramatang.

Malang jika jadi komplikasi serius seperti rosak organ atau buah pinggang.

PKPP ni pun dah boleh keluar rumah jalan-jalan bersenam..ambil cahaya matahari..

Amalkan pemakanan fitrah dan semulajadi. Saya syorkan juga anak tu ambil vitamin C.

Semua ni penting untuk bantu detoks semulajadi badan.

Alhamdulillah, anak tu dah recover. Emosi dah stabil. Lendir keputihan hilang. Breast pun tak sakit lagi.

Iktibarnya sini, jaga-jaga bahan toksik ini. Benda nampak kecik, remeh dan menyusahkan.

Tapi jangan bila ditarik nikmat sihat tu, baru kita nak mula elak benda mudarat.

Masa tu dah mungkin dah terlambat.

Kredit : Hafiz Sulaiman / Darian Depreta
Sumber : nangtimcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *