Dunia

Ibu Kucing Cari Rezeki Rayu Minta Makanan Kepada Manusla, Siap Tunjukkan Lagi Rumah Mereka

Bukan hanya manusia, haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan sayang terhadap anak-anaknya. Bahkan, haiwan-haiwan ini lebuh bagus menunjukkan perasaan sayang mereka daripada manusia itu sendiri.

Di laman Twitter tular sebuah video yang memaparkan, gelagat seekor ibu kucing hitam yang dilihat meminta pertolongan daripada manusia supaya memberi makanan terhadap anak-anaknya yang kelaparan

Ibu kucing berkenaan pada awalnya dilihat mengiau-giau dihadapan pintu rumah seakan-akan merayu dan meminta sesuatu.

Kucing jalanan hitam berkenaan kemudiannya mengajak insan berkenaan ke sesuatu tempat seperti ada sesuatu yang mahu ditunjukkan.

Sampainya ditempat berkenaan, amat mengejutkan sekali apabila terdapat beberapa lagi ekor kucing kecil dan comel yang sedang bermain di sekitar kawasan berkenaan.

Rupa-rupanya, kucing-kucing kecil itu merupakan anak-anaknya.

Melihat perilaku ibu kucing itu, dia berkemungkinan merayu dan memohor agar insan sekelilingnya dapat memberikan sedikit makanan buat anak-anaknya yang sedang kelaparan.

Tanggapan ini mungkin tepat sekali apabila insan tersebut memberikan mereka makanan dan kucing-kucing itu makan dengan lahap sekali.

Jelas sekali, ibu kucing ini berusaha keras untuk memastikan anak mereka tidak berada dalam keadaan kebuluran.

Pesanan ringkas: Ringankan tulang untuk membantu dan memberikan makanan buat haiwan-haiwan jalanan.

Kemudian, tempat tersebut perlulah dibersihkan semula agar tidak menimbulkan sebarang masalah kelak

Sumber : majalahilmiah

Antaranya lagi

Ayang tunggu ni, semua sayangkan Abe’ – Isteri mangsa terakhir

MESKIPUN reda dengan penemuan may4t suaminya, Arman Ismail, 43, hari ini, ia tidak dapat menghilangkan duka Siti Ayu Ishak, 30, yang baru semalam terpaksa menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Ketika menanti ketibaan may4t arw4h di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, yang menjadi pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR), Siti Ayu cuba tenang dan tabah menghadapi ujian itu, namun dia dilihat beberapa kali menangis tidak dapat menahan sebak.

Sejak suaminya dilaporkan hilang Isnin lalu, Siti Ayu bersama tiga anaknya iaitu Adam, Aira dan Aisya berusia antara tiga hingga sembilan tahun, lazimnya setia menunggu di jeti itu seawal 7 pagi dan hanya akan pulang 6 petang sebaik operasi ditangguh.

Cuma semalam, Siti Ayu tidak dapat ke sana untuk menunggu dan mendapatkan perkembangan terkini kehilangan suaminya itu kerana perlu menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Abe balik deh, Ayang tunggu ni
ARWAH Arman. FOTO Nor Amalina Alias

Ketika ketiadaannya di jeti itu, Siti Ayu sempat mencoretkan harapan untuk bertemu semula suami melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya dengan kata-kata dan harapan, Abe balik deh, Ayang tunggu ni, Abe kuat, semua orang sayangkan Abe, dan hari ini, semua itu sudah ‘terjawab’ selepas penemuan jasad suaminya.

Menurut ahli keluarga Siti Ayu yang enggan dikenali, arw4h Arman tidak mengetahui isterinya mengandung.

Katanya, Siti Ayu mahu membuat kejutan kepada suaminya dan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu khabar gembira itu.

“Setahu saya, Siti hanya mengetahui dia mengandung beberapa hari sebelum kejadian bot terbalik berlaku,” katanya.

Katanya, Siti Ayu selepas dibenarkan pulang dari hospital pagi tadi, dia kembali ke rumah keluarga di Kampung Tok Sadang, Badang, Kota Bharu.

Difahamkan, wanita tabah ini bersama arw4h suami menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual tudung dan kerepek bagi menyara keluarga dan anak kecil mereka.

Arman, k0rban kelapan kejadian bot terbalik yang ditemui akhir sekali pada 2.20 petang hari ini, selepas mangsa ketujuh, Wadi Bakar, 44, ditemukan 10.30 pagi sebelum itu.

Bot terbalik: May4t terakhir ditemui
ANGGOTA Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan melakukan selaman untuk mencari mangsa. FOTO Bernama

TERDAHULU, may4t mangsa terakhir bot terbalik, Arman Ismail, 43, ditemui jam 2.20 petang tadi pada jarak 40 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin, Bachok.

Penemuan itu melengkapkan pencarian mangsa bot terbalik yang hilang apabila kesemua mereka dijumpai genap seminggu kejadian malang itu berlaku.

Identiti Arman disahkan kakak sulungnya, Aida Ismail, 50, berdasarkan pakaian selain penemuan kad pengenalan tertera nama mangsa.

Korban bot terbalik di Perairan Kemasin, Isnin lalu adalah seramai lapan orang manakala 12 lagi selamat.

Dengan penemuan may4t itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 81 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan ribut.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Bachok membawa jenazah Arman Ismail, ke Jeti Perikanan Kemasin, Bachok. – NSTP/Nor Amalina Alias

Sumber : Hm / bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *