IBU kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggai dunia lewat malam tadi di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya.
“Saya memohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah Ma (ibu) saya.
“Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur dan menempatkan rohnya bersama para syuhada,”
tulisnya yang popular dengan program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi.
KENYATAAN PENUH CHEF ZAM
Assalamualaikum wbt.
ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ
Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi.
Saya mohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ma Saya.
Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur & merempat kan rohnya bersama para Syuhada. Amiiiin YRA
Jenazah sekarang berada di Surau As Salam Seksyen 4 Kota Damansara. Inshallah jenazah Ma Saya akan dimandikan pada jam 8am,
disolatkan di sini & disimpan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Al-Fatihah …
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya,
lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya…. . ﺁﻣِّﻴْﻦ
Terdahulu Allahyar-ham Chik Minah yang menghidap Pneu-monia sudah beberapa hari dirawat di h0spital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.
Jena-zah akan dike-bumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada hari ini.
Innallilah, salam takziah kepada Chef Zam dan keluarga.
Sumber : HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!