Semasa

Hasil Undian 97% Inginkan PKP Semula, Ini yg Akan Dibentangkan Oleh PM Isnin ini

Undian di FB, 97% responden mahu PKP dilaksanakan

Sementara itu, menerusi satu undian di Facebook mengenai persoalan adakah PKP perlu dilaksanakan semula memperoleh keputusan yang agak mengejutkan.

Undian yang dijalankan oleh akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) pada Khamis itu mendapati 97 peratus daripada responden mahu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa sekarang.

Menurut PHM, dapatan tersebut dikira daripada 13,100 responden yang mengambil bahagian dalam undian tersebut.

Namun Ramai Netizen Tidak Bersetuju

Sementara itu, pada Jumaat, penyertaan pengundian tersebut telah meningkat kepada lebih kurang 14,600 pengguna.

Dengan 14,000 daripadanya bersetuju dengan pelaksanaan PKP.

Manakala hanya 461 responden tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Pada masa sama, PHM turut berkongsikan pelbagai komen yang diberikan oleh pengguna Facebook melalui ruangan komen pada undian yang dijalankan itu.

“Kata seorang netizen, keadaan yang sangat kritikal ketika ini di mana sistem kesihatan telah terbeban.

Dan kita tidak menunjukkan tanda pulih sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PKP mungkin langkah terbaik ketika ini

Namun ada juga berpendapat berbeza dan tidak bersetuju.

Kami baru sahaja dapat kerja. Jika kerajaan laksanakan PKP, mohon berikan bantuan kewangan setiap bulan kepada rakyat’,”

Menurut hantaran PHM yang berkongsikan komen diberikan netizen terhadap isu berkenaan.

Selain itu, PHM turut menyatakan bahawa terdapat juga komen yang meminta supaya PKP tersebut dilaksanakan secara bersasar.

“Undian ini membayangkan kebanyakan rakyat telah bersetuju dan bersedia untuk PKP jika kerajaan laksanakan juga dalam masa terdekat.

Ini juga menunjukkan pendapat perlunya kerajaan melakukan tindakan yang lebih besar impaknya.

Ini untuk memulihkan situasi pandemik ketika ini,” menurut hantaran tersebut

Hasil Undian 97% Inginkan PKP Semula, Ini yg Akan Dibentangkan Oleh PM Isnin ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini susulan peningkatan kes COVlD-19 mencecah empat angka sejak kebelakangan ini.

Katanya, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik mengawal penularan itu.

“Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi.

Dan menilai tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan COVlD-19.

Ini termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat dilaksanakan terutama membabitkan sektor sosial.

Ini bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan jangkitan COVlD-19,”

Katanya pada sidang media PKP Pemulihan(PKPP)/PKP Bersyarat (PKPB) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang peningkatan kes kebelakangan ini.

“Kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan pandangan rakyat dan kita sedang mempertimbangkannya.

Insya-ALLAH apa-apa nanti akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin nanti.

Jadi kita tunggulah apa yang nak diumumkan dan bersedia dengan pengumuman itu,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat mematuhi SOP ditetapkan dan mendoakan keselamatan bersama.

Menurut Srk Jaye, Memang setuju sangat2.

Tapi apa kah kerajaan akan memberi batuan untuk golongan2 yang tersasar pendapatan harian.

Kemungkinan banyak rakyat akan kehilangan pendapatan dan susah untuk orang2 yang sewa rumah dan kedai.

Jangan dah bagi keluar duit kwsp bantuan lain pulak ditutup. Sebab banyak juga rakyat malaysia yang dah planing berniaga bila dapat duit kwsp tu.

Harap2 kerajaan baru ni boleh memberi jaminan sebelum apa2 tindakan yang menyuasahkan rakyat dan pendapatan hari disebabkan pkp ni.

Cuba kaji semula di mana silap kerajaan yang nak melonggarkan sop dan pkpp sebelum ni sehingga terjadi kes2 yang tak boleh control dan mendadak macam ni banyak.

Ada banyak benda2 yang merepek masih boleh beroperasi seperti pusat hiburan, pusat urut, nombor ekor, kedai2 minuman keras, dan banyak lagi perniagaan haram.

Semua boleh beroperasi yang tak ikut sop dan kawalan perjarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *