Keluarga

Hantar Mesej Pada Suami Tapi Tidak Dibalas. Sehinggalah P0lis Telefon, Istri Hampir Rebah Dapat Berita

Hantar Mesej Pada Suami Tapi Tidak Dibalas. Sehinggalah Polis Telefon, Isteri Hampir Rebah Dapat BeritaPublished 16 seconds ago on July 11, 2020By admin

Baju bayi baru dibeli untuk anak sulung bakal dilahirkan, menjadi hadiah terakhir ditinggalkan Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, yang m4ut dalam kmIangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring), di sini, semalam.

Isteri Wan Ahmad Adam Murshidy, Nur Ismalinda Muzafar, 25, berkata baju dibeli beberapa jam sebelum kejadian itu adalah untuk anak mereka yang dijangka dilahirkan pada 16 September depan.

” Tengah hari semalam, saya keluar bersama suami.

” Ketika berada di sebuah kedai, suami nampak baju cantik dan mahu membelinya untuk anak kami yang dijangkakan lahir pada 16 September depan.

” Memang tidak mengesyaki apa-apa apabila suami memberitahu ingin membeli baju itu, rupa-rupanya ia adalah hadiah terakhir daripada arwh,” katanya ketika ditemui di Unit For3nsik, Hospital Hulu Terengganu, hari ini.

Menceritakan lanjut, Nur Ismalinda berkata, Allahyarham bersama abang beliau, Noriskandar Muzafar, 33, dan tiga lagi rakan bertolak ke Perak kira-kira jam 4 petang semalam atas urusan kerja.

” Saya sempat salam dan suami menggosok kepala serta perut saya tetapi perkara itu biasa. Ketika itu, arwh kelihatan ceria.

” Arwh suami dan abang memang rapat, cuma mereka nampak lebih akrab dalam tempoh seminggu ini serta selalu bersama,” katanya.

Whatsapp suami tapi tidak berbalas, sehinggalah dihubungi polis

Nur Ismalinda berkata, beliau menerima mesej terakhir daripada suami pada jam 4.30 petang yang mengingatkannya untuk memberi kucing makan.

” Saya ada mesej suami melalui WhatsApp pada jam 7.30 malam, namun tiada jawapan dan tidak mengesyaki apa-apa.

” Saya hanya tahu mengenai kmIangan itu selepas dihubungi polis kira-kira jam 11 malam,” katanya yang tinggal di Kuala Nerus.

Selain Wan Ahmad Adam Murshidy, nahas itu turut meragvt ny4wa Noriskandar dan dua lagi mngsa.

Jen4zah Wan Ahmad Adam Murshidy dan Noriskandar dikebvmikan di tanah perkubvran Islam di Kuala Nerus dan Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian itu, Noriskandar yang memandu Toyota Vios, Wan Ahmad yang duduk di tempat penumpang hadapan dan penumpang belakang, Zulkarnain Buniyami, 18, meninggI dnia di tempat kejadian.

Seorang lagi mngsa, Afif Safwan Mohd Zuki, 21, disahkan meninggI dnia jam 10.17 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Mohamad Rusydi Md Said, 26, yang juga penumpang kereta berkenaan par4h dalam kejadian itu dan turut dihantar ke HSNZ Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Treler itu membawa muatan bijih besi amang dalam perjalanan dari arah Gua Musang, Kelantan menghala ke Pelabuhan Gebeng, Kuantan.

Sumber : malaysiaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *