Infomaklumat

Gempaar vlrus mvtasi c0vid 19 dikatakan sudah brtebaran di Semenanjvng

Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina.

“Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.

“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor Hisham.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga.

Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.

Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan.

Ia juga telah merekodkan satu pemergian. Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu,

negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.

Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini.

Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.- MalaysiaKini

Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga,

Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India.

“Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri.

Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4.

“(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah.

“Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *