Semasa

Gadis Tahan MaIv, Kawan2 Datang ‘Birthday Party’ Sebab Nak Beri Kejutan Dekat Rakan Lain

Siapa yang tak sedih apabila ada rakan-rakan yang jenis tidak menghormati perasaan kita dan hari istimewa buat kita.

Lebih-lebih lagi apabila pelbagai usaha telah kita berikan termasuklah menjemput, menyediakan makanan dan juga memberikan pengangkutan percuma buat mereka.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis apabila meluahkan rasa ralat apabila rakan-rakannya telah menyambut hari lahir teman mereka yang lain pada majlis hari jadinya.

Lebih menyedihkan, teman lelaki gadis terbabit yang bersungguh mengeluarkan modal untuk majlis tersebut namun perkara lain pula terjadi.

Dalam luahan yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @pastelphoenixx, dia mengakui terkejut apabila bukan namanya dalam nyanyian lagu ‘selamat hari jadi’ tetapi rakan yang dihadapannya.

Lebih membuatkannya terkejut adalah kehadiran teman lelaki rakannya yang ‘konon-konon’ mahu membuat kejutan.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, dia tetap mengambil tindakan berdiam diri dahulu sebelum menegur salah seorang daripada mereka melalui WhatsApp sejurus selepas pulang.

Gadis terbabit mendedahkan bahawa dia sebenarnya malas untuk memanjangkan isu, namun selepas beberapa bulan, rakan-rakannya masih tidak membayar hutang kereta sewa yang sepatutnya dilangsaikan.

Menurutnya, teman lelakinya telah membantu mencarikan kereta sewa untuk rakan-rakan perempuan, namun mereka telah melakukan beberapa kesalahan dan perlu membayar RM400 kepada pemilik.

Disebabkan rasa tanggungjawab, teman lelakinya memberi cadangan supaya bayaran tersebut dibayar secara separuh-separuh. Akan tetapi, sehingga video tersebut viral, barulah geng-geng perempuan itu kembali menghubunginya untuk menyelesaikan hutang.

Disebabkan itu, pengguna TikTok itu memilih untuk tidak lagi berteman dengan mereka kerana merasakan tindakan mereka sangat keterlaluan.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa mereka sudahpun membayar hutang-hutang tersebut setelah video terbabit tular.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada gadis terbabit selepas mengetahui tindakan kurang bijak rakan-rakannya.

Rata-rata mereka mengakui berasa geram kerana usaha yang dilakukan oleh teman lelaki @pastelphoenixx telah dikacau oleh rakan-rakan kekasihnya dengan menumpang sama menyambut hari lahir orang lain tanpa mahu mengeluarkan modal.

Sumber: Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *