Hiburan

First time mengaji di kaca TV. Kelunakan suara ‘serak-serak basah’ buat ramai meremang

Tutup buku lama, buka buku baru’. Setiap kali menjelang lembaran tahun baru, pasti ramai yang bersemangat untuk merancang perubahan hidup.

Seperti individu lain, Zizi Kirana juga mengharapkan keberkatan dalam memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Namun baru-baru ini, pelantun lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video dirinya sedang bertaranum.

Walaupun bergelar penyanyi dan rapper, siapa sangka rupanya wanita berusia 36 tahun ini juga mampu mengalunkan bacaan kitab suci dengan lancar sekali.

Manis mengenakan jubah dan selendang labuh berona hijau turquoise, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil

berkesempatan bertaranum muncul menerusi sebuah program keagamaan yang bakal ditayangkan pada Ramadhan ini.

Bukan sahaja dilihat khusyuk, malah kelunakan suaranya yang ‘serak-serak basah’ nyata membuatkan ramai meremang.

Dikongsi sejak semalam, rakaman berdurasi seminit itu turut menerima pelbagai reaksi yang positif dalam kalangan netizen.

Selain jatuh cinta dengan alunan suaranya ketika mengaji, mereka juga berharap agar dia selalu tampil dalamprogram sebegini.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : kir4na / daunkering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *