Hiburan

Elizad Terkejvt Bila Dengar Suara Datuk Jalaludin Menjerlt Allah

MALANG tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan yang terjatuh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat.

Menurut pelakon Elizad, dia yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.

“Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan insiden itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.

“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Memang terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berdarah.


Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Datuk Jalal jatuh sebab terlepas nak langkah tiga anak tangga. Tapi saya pun tak berapa pasti macam mana insiden itu berlaku,” kata Siti Elizad ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jatuh tangga ketika penggambaran.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Jalaludin gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej.

Elizad dan Aaron Aziz antara pelakon yang bekerjsama dengan Jalaludin dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami kecederaan yang teruk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat rawatan.

“Selepas melihat ibu jari dia berdarah, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus dirawat di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah… dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Mula-mula itu dia nak sambung juga penggambaran tapi kami semua minta dia balik rumah berehat sahaja.

“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas dirawat,” ujarnya.

Siti Elizad Naik Angin Dengan Pelakon Baharu

Dalam perkembangan lain, penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.

Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain.

“Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat.

“Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain.

“Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior.

Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.

“Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul.

“Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia.

“Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima.

“Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain.

“Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.

“Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,” kata Elizad.

Sumber : M star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *