Hiburan

Dugaan Baru Kahwin. Sekali Bad Indigo Diduga Sesuatu Yg Tak Diduga

Ahli kumpulan Indigo, Bad, 46, mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetes.

Menurut Bad, hari ini sudah memasuki hari ketiga dia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Hari ketiga berada di PPUM. Ada jangkitan ‘gangrene’ di jari kaki yang paling kecil akibat luka disebabkan penyakit diabetes dan perlu dip0t0ng jari tersebut.

“Saya masih menunggu untuk melakukan pembedahan,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia akui berasa takut tambahan pula isterinya, penyanyi Ashira, 36, tidak dapat menemani di hospital.

“Saya okey cuma takut. Ashira tak dapat nak teman tapi harapnya mereka bagilah saya jumpa walau sekejap,” katanya lagi.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Bad ada memuat naik sebuah rakaman video memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta Ashira Aziz, anak-anak kami, mak dan keluarga saya, mentua dan ipar duai saya yang selalu mendoakan dan terus memberi semangat,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

 

Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.

Cinta berputik ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) 7, Bad Indigo dan Ashira sah bergelar suami pada petang Khamis 11Mac.

Bad dan Ashira melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengikut SOP yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun, kami memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan dan pihak media kerana kita semua masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Majlis hari ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak,” kata Ashira dan Bad.

Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan Syed Abdul Aziz. Ashira menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian daripada pihak pengantin lelaki.

Dalam pada itu Bad mengucapkan rasa syukur kerana anak-anaknya terbuka menerima kehadiran Ashira sebagai ahli keluarga baru mereka.

“Anak-anak saya terbuka menerima Ashira sejak dari awal perkenalan kami. Mereka sekarang pun dah panggil Ashira ‘Mom’,” katanya.

 

Sementara itu Ashira berkata, anak-anaknya juga menerima Bad dan seluruh ahli keluarganya dengan baik.

“Saya bersyukur sangat, anak-anak saya boleh terima Bad…Anak Bad pula boleh terima saya. Sekarang ni mereka dah jadi ‘geng’.

Mengulas mengenai cahaya mata, pasangan sama cantik sama padan ini tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki dalam masa terdekat.

Bad atau nama sebenarnya Badru Izhan Yeop Abdullah pernah mendirikan rumahtangga pada 2007 dan dikurniakan dua orang anak. Selepas tiga tahun, dia dan bekas isteri mengambil keputusan untuk bercerai.

Manakala Ashira pula merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun hasil perkahwinan sebelumnya.

Sumber : Gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *