Semasa

Dit1kam kunci kereta, remaja dapat 6 jahitan – “Suspek & kami gaduh sejak kecil..”

Menurut laporan, mangsa Nurul Najihah Azizan berkata, suspek wanita itu juga pernah bergaduh dengan kakaknya namun mereka memilih untuk tidak memanjangkan cerita.

Seorang mangsa yang cedera akibat ditikam kunci kereta dalam pergelutan di Pantai Merdeka, Sungai Petani pada Ahad lalu telah menerima enam jahitan selepas mendapat rawatan di hospital.

“Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan suspek sudah berlarutan sejak saya masih kecil tanpa diketahui punca namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.

“Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan wanita terbabit tanpa diketahui punca,” kata remaja berusia 18 tahun itu.

Semalam, tular beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa berbaju putih berlumuran darah sewaktu bergelut dengan suspek berbaju hitam sebelum oleh dileraikan seorang lelaki.

Bercerita mengenai kejadian terbabit, Nurul Najihah berkata ketika itu dia sedang menuju ke gerai kakaknya yang menjual alat permainan.

“Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.

“Saya mempersoalkan tindakannya, dia tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan,” ujarnya.

Ketika ditumbuk, dia berkata suspek yang berusia 23 tahun itu sedang menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening sebelah kanannya berdarah dan mengalami luka agak dalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek yang bekerja sebagai operator kilang sudah direman sehingga esok.

Hasil siasatan mendapati kes berpunca disebabkan suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan dijalankan.

Sumber: Harian Metro (Izad Thaqif Hassan) , Facebook Eyra Syahirah Azizan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *