Hiburan

Dikritlk teruk gara2 muat naik gambar menjol0k mata di ig. Sekali Hanez Suraya tampil bagi k0men padu buatwarganet terkedv

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi ‘direct message’ (DM) yang antara lain mengkritik penampilannya yang didakwa tidak menjaga aurat dengan baik meski bertudung.

Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.

“Macam inilah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hanya pakai tudung. What a stup*d idi*t thinking like you, Hanez Suraya,” antara reaksi yang dihantar.

Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya ‘mengucap’ Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut. Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: MH

Tahniah! Hanez Suraya Selamat Timang Bayi Perempuan, Seberat 3.55 Kilogram

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 9.11 pagi tadi. Memetik Berita Harian.

bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram. Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil. “Dia memang wanita yang kuat,” kata Romie seperti yang dipetik.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini masih belum memberikan nama terhadap permata hati kedua mereka itu.

“Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah,” katanya. Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015.

Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 3 tahun. Hanez turut berkongsi ucapan tahniah yang diberikan daripada rakan-rakan menerusi Insta Stories miliknya.

Foto: Instagram Hanez Suraya

Dapat ‘lampu hijau’ tapi hamil pula

HAMPIR lima tahun menunggu akhirnya pelakon Hanez Suraya mendapat ‘lampu hijau’ daripada suami, Romie Razin Adilha Abd Rais untuk kembali aktif berlakon.

Meskipun teruja dan gembira dengan perkhabaran itu, Hanez terpaksa melupakannya buat sementara apabila dia kini hamil empat bulan.

Hanez, 34, ketika ditemui berkata, perasaannya pada awal gembira namun bercampur-baur selepas mengetahui diri berbadan dua.

“Sudah lama saya memujuk suami agar mengizinkan saya kembali berlakon. “Hampir lima tahun juga saya perlu menjelaskan kepadanya lakonan adalah jiwa dan minat saya sejak dulu.

“Alhamdulillah, selepas faham minat saya, suami membenarkan namum apabila mahu kembali aktif saya hamil pula,” katanya. Berikutan itu, dia terpaksa berehat sementara menunggu masa sesuai untuk membuat kemunculan semula.

“Saya anggap ini semua hikmah kerana pada masa sama turut dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan selama setahun.

“Pada mulanya risau juga jika mereka tolak, tetapi kata mereka tiada masalah walaupun hamil,” katanya.

Mengulas lanjut perihal lakonan, Hanez berkata, selepas ini dia akan lebih memilih watak. Atas sebab dia seorang isteri dan ibu, Hanez akan mengelak membawakan watak antagonis seperti yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Saya lihat sekarang ramai pelakon berhijab yang berlakon tanpa sentuhan dan kerana itulah suami memberi kebenaran. “Saya sendiri kalau boleh memang elak babak berpegangan dan biarlah bersesuaian status sekarang,” katanya.

Berkongsi mengenai kandungan, Hanez berkata, kali ini sangat mencabar kerana dia mengalami alahan yang teruk dan muntah pada sebelah malam. “Saya lwn rasa mabuk dan loya.

Kalau ikutkan hendak keluar ke mana-mana pun saya tidak larat sebab badan rasa lemah. “Alhamdulillah, masuk bulan keempat rasa loya semakin berkurangan. Jadi, dapatlah saya keluar melakukan aktiviti,” katanya.

Hanez Suraya bingung semakin kurus

KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya, mengakui, pernah tertekan dan kebingungan apabila berat badannya berterusan merosot selepas melahirkan anak sulung, Putri Aleesya. Isteri kepada Romie Razin Adilha itu berkata, berat badannya kini lebih ringan berbanding sebelum mendirikan rumah tangga hingga sering berdepan pertanyaan mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus.

“Ramai yang mengambil berat apabila bertanya mengapa saya begitu kurus. Berat badan saya kini di bawah 50 kilogram. Saya tidak melakukan apa-apa rawatan pelangsingan badan, tidak juga mengambil ubat kurus, malah jarang bersenam.

“Ia mula menurun selepas selesai tempoh berpantang. Pada mulanya, saya sangka itu perkara biasa tetapi apabila berat semakin merosot, saya mula resah,” kata pelakon yang mencipta populariti selepas membintangi drama Love You Mr Arrogant.

Hanez yang tidak lagi aktif berlakon berkata, disebabkan terlalu tertekan dan risau, beliau pernah menangis apabila kebanyakan baju dalam simpanannya semakin longgar serta tidak lagi cantik apabila disarungkan.

“Selama ini, saya memakai baju saiz M, tetapi kini bertukar XS. Ada seluar yang bersaiz kecil tetapi masih terasa longgar apabila disarungkan.

“Pelbagai aktiviti yang saya lakukan untuk menaikkan semula berat badan, termasuk makan dalam jumlah lebih besar. “Semua usaha itu bagaimanapun tidak berhasil. Alhamdulillah, biarpun semakin kurus, saya tidak berdepan apa-apa masalah kesihatan,” katanya.

Hanez yang kini menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan tudung di bawah jenama Everyday KL itu juga bersyukur, rumah tangganya terus bahagia dan dipenuhi kasih sayang. Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : erakinibbn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *