Hiburan

Dia Pakai Tudung Masa Nk Berank je. Netzen Persoal Kemanakah Hilangnya Hidayahmu Fasha

JUMLAH ‘followers’ (pengikut) pelakon Fasha Sandha meningkat sehingga lima juta pada hari kelahiran anaknya yang diberi nama Aisha Amaira Mohd Aidil.

Fasha menerusi Instagram berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada ‘followers’ dan peminatnya yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Alhamdulillah, ramai yang sayangkan ibu,” katanya.

Dalam muat naik sama, Fasha turut menasihatkan golongan ibu supaya tidak berputus asa.

Dan terus berdoa apabila berdepan keguguran seperti yang pernah dialaminya.

“Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah. Dua lagi anak ibu dan ayah sudah dalam syurga Allah.

Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi, ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa.

Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.

“Kepada ibu-ibu yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu Aisha, jangan putus asa.

Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Fasha juga menulis maksud di sebalik nama anaknya yang membawa erti bahagia dan cantik selamanya.

Fasha juga memuat naik fotonya bersama pengurus artis, Kamisah yang bertanggungjawab menjodohkannya dengan suami.

Dan sentiasa ada dengannya sehingga Aisha dilahirkan.

Aisha dilahirkan pada 7 Ogos lalu hasil perkahwinan Fasha dengan Aidil yang diijabkabulkan pada 30 Mac tahun lalu.

Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Jejai.

Menerusi perkahwinan pertama Fasha, dia mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7; dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Terbaru, Pelakon Aidil Aziz yang juga suami kepada pelakon Fasha Sandha menimbulkan tanda tanya segelintir peminat.

Ini apabila memuat naik gambarnya bersama Fasha yang tidak mengenakan tudung.

KETIKA FASHA SANDHA BERTUDUNG DAN NAMPAK CANTIK SANGAT DI MATA NETIZEN

Sebelum ini Fasha dikatakan mula memakai hijab sejak bulan Ramadan yang lalu.

Dan sering berkongsi gambar-gambar memakai hijab di Instagram miliknya.

Tudung Dah Hilang

Kali pertama Aidil memuat naik gambarnya bersama Fasha tanpa mengenakan tudung pada dua minggu lalu ketika Selangor dilanda krisis air.

Terbaru, ketika bercuti di Pulau Pinang, Aidil kembali memuat naik gambar percutian mereka sekeluarga dan Fasha juga tidak memakai tudung.

Segelintir peminat turut bertanyakan hal tersebut pada ruangan komen tetapi tidak dijawap oleh Aidil.

Manakala di Instagram Fasha pula, kali terakhir dia memuat naik video promosi produk beberapa hari lalu, Fasha masih kelihatan mengenakan hijab.

Masa Bertudung, Ramai Peminat Suka

Pelakon Fasha Sandha menerima doa yang baik daripada wargamaya apabila ramai yang mahu dirinya kekal berhijab.

Mula mengenakan hijab sejak bulan Ramadan yang lalu, Fasha berkongsi sebuah foto menerima hadiah istimewa berupa tudung daripada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah.

“Rayakan sebulan, terima kasih Shuib dan Sarah hadiahkan tudung Solehah,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian itu juga, Fasha tampil cukup ayu dan sopan apabila mengenakan tudung labuh melepasi paras dada hasil pemberian pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dengan imej baru Fasha dan berharap ia berkekalan.

Malah, ramai yang turut mendoakan Fasha agar urusan melahirkan bayi dalam kandungannya dipermudahkan.

“Cantik, semoga Fasha istiqamah bertudung. Saya doakan yang terbaik untuk Fasha sekeluarga,” doa seorang wargamaya.

“Kekalkan berhijab ya Fasha. Sweet sangat, sejuk mata memandang,” komen seorang wargamaya.

“Cantiknya sis pakai tudung. Semoga istiqamah ya,” kata seorang wargamaya.

“Semoga kak Fasha terus istiqamah dan Insya-Allah semoga semua urusan dipermudahkan,” pinta seorang wargamaya lagi.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Dan mereka dikurniakan cahaya mata Aisha Amaira yang baru berusia sebulan.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *