Infomaklumat

Dengan RM499 Anda Boleh Beli Pakej Penginapn 3H2M, Tiket Masuk Ke Sunway Lago0n Untuk 4 Orng

Dalam usaha menaikkan kembali industri pelancongan domestik, Sunway Bhd (Sunway) telah melancarkan kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ pada 6 Julai 2020 yang menawarkan pakej percutian di Sunway City Kuala Lumpur dengan diskaun 70 peratus.

Sunway City Promotion
Pakej RM499 termasuk penginapan 3H2M, tiket masuk ke taman tema Sunway Lagoon untuk 4 orang dan baucar Sunway Pyramid RM200

Pakej RM499 untuk pakej ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway” termasuk:

Penginapan selama 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Pyramid termasuk sarapan

2 tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dewasa

2 tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah

Baucar membeli-belah di Sunway Pyramid bernilai RM200

Nilai asal pakej ini termasuk penginapan dan tiket taman tema bernilai RM1,599, tetapi anda hanya perlu bayar RM499 sahaja jika anda beli sekarang hingga 20 Julai 2020.  Ini antara promosi yang sangat berbaloi untuk anda sambar bagi merancakkan kembali industri pelancongan negara.

Tempoh penginapan bermula dari 7 Julai hingga 31 Oktober 2020.

Tempah segera melalui laman rasmi Sunway City di :

https://www.sunway.city/kualalumpur/kesanakesini/

Sumber : pemburutiketmurah

Antaranya lagi..

Jiran ded4h kehidupan Ronaldo dan keluarga – “Sunyi… tiada parti”

JIRAN Cristiano Ronaldo mendedahkan pengalaman sepanjang tinggal berdekatan dengan bintang Juventus itu.

Ronaldo tinggal bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez di Turin selepas bintang Portugal itu menyarung jersi Juventus pada 2018.

Menurut Elizabeth Borel, Ronaldo menjalani kehidupan serba sederhana.

“Sunyi, tiada parti. Saya tidak pernah melihat kereta lalu lalang di jalan utama dekat kawasan perumahan kami.

“Saya sering melihatnya memandu sebuah kereta Rolls-Royce bercermin gelap setiap hari.

“Namun di dalam garajnya juga terdapat kereta sports lain seperti sebuah Lotus,” katanya.

Jelas Borel lagi, dia juga sering melihat anak sulung Ronaldo, Cristiano Junior bermain papan luncur dekat jalan kawasan rumah mereka sambil ditemani pengawal peribadi.

“Georgina pula sering dibantu seorang pengasuh untuk menguruskan anak-anak mereka yang masih kecil,” katanya.

Terdahulu, Ronaldo berkata:”Menjadi bapa dan melihat keluarga saya membesar adalah satu pengalaman berharga.”

“Mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup saya,” katanya.

Sumber : Dailystar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *