Semasa

DB KL Larang Jual Araak di Kedai Runcit, Sekali Siti Kaslm Kata Malaysia Nak Jadi Negara TaIiban

Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual ar4k mulai Oktober 2021 muktamad.

” Keputusan DBKL tidak membenarkan kedai runcit menjual ar4k mulai Oktober 2021 adalah muktamad,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu melalui ciapan di Twitternya.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Kedai menjual ubat tradisional Cina juga dikenakan larangan tersebut, tetapi pengecualian dibuat untuk produk minuman keras bagi “tujuan ubatan tradisional”.

” Berkuat kuasa 1 Oktober 2021 tiada lagi lesen baru LMK (minuman keras yang memabukkan) di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina.

” Untuk LMK sedia ada di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina, pembaharuan dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja,” kata garis panduan itu.

Mereka masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa, tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam.

Pemilik premis mesti memastikan minuman beraIkoh0l dipamer berasingan dari minuman lain, dan mengunci ruang rak pameran selepas jam 9 malam.

Pembeli mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Pasar raya, hypermarket, hotel, bar, dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras, tetapi mesti memastikan bahawa pelanggan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.

Dalam catatan di Facebook hari ini, DBKL menyatakan garis panduan baru itu berkuat kuasa semalam setelah berunding dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja, polis, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak berkepentingan, dan NGO.

Ia bertujuan untuk mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras sambil memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota.

Garis panduan ini juga menetapkan had waktu minuman beraIkoh0l boleh dijual mengikut jenis premis, dengan pemohon atau pemegang lesen hanya untuk bukan Muslim.

Pemilik premis juga perlu menunjukkan lesen mereka bersama dengan kod QR di pintu masuk mereka – lesen biru di mana penggunaan alk0hol dibenarkan di premis, dan lesen kuning untuk pembelian untuk bawa balik rumah sahaja.

Perniagaan yang menjual minuman beraIkoh0l tidak dibenarkan menghadap balai polis, tempat ibadah, sekolah, dan hospital.

Bagi mereka yang membuat permohonan baru untuk LMK, mereka diminta untuk mengiklankan notis di akhbar tempatan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Di samping itu, mereka mesti menunjukkan notis berukuran A0 yang menyatakan niat mereka untuk mendapatkan LMK di hadapan premis mereka selama tujuh hari berturut-turut.

Reaksi Siti Kasim

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang aktivis yang juga peguam Siti Kasim telah menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka.

Siti Kasim antaranya mengatakan negara Malaysia bakal menjadi negara Taliban.

” This country is moving into a Taliban state. Mark my words people. These people are chipping away our rights one by one. If you do not say anything, soon we will become worse than Pakistan, the Arab world or even Nigeria!

” Seriously, apa hal yang dia orang jaki sangat tentang penjualan aIc0hol di kedai-kedai ni ah? Pasal drunk driving? Accident drunk driving is the lowest amongst the statistics provided.

” Don’t use this unfounded reason to stop the rights of the people who want and can drink in this country! Kalau kau orang tak nak minum, botol aIc0hol tu tak ada nak merayap kat kamu atau memanggil-manggil kamu suruh beli.

” Ni mesti idea Islamofascists trying to slowly implement their ways lah ni… like what they have done to all our government offices and our schools… Tu sebab ramai orang Melayu dah tak boleh berfikir guna otak dia orang lagi..” akhiri Siti Kasim

Sumber : FB Siti Kasim / malaysiaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *