Hiburan

Dakwa Hasil Kerja ‘Diciplak’, Ini Tindakkan Mengejutkan Pemilik Bunga di Tangan Intan Ladyana

Ramai mengetahui pelakon Intan Ladyana bersama pasangan, Harris Aliff telah selamat bergelar suami isteri.

Ini selepas bernikah di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun di sebalik hari bahagia mereka, ada pula terselit cerita yang kurang enak

Ini berkenaan bunga tangan ataupun ‘hand bouquet’ digayakan oleh Intan yang didakwa telah ‘diciplak’.

 

Pemilik bunga tangan itu berkata ia merupakan hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my.

Dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.

Memetik artikel Hot FM, Nak, pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my yang digelar Elissa Roslan memberitahu bahawa dia telah menerima tempahan daripada @haejabudiman.co.

Namun, dia tidak tahu bahawa mereka juga adalah pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon jelita tersebut.

Elissa menjelaskan lagi dia tidak mengenali individu yang menempah bunga tangan itu, pada mulanya dia menganggap tempahan bunga tangan itu ditempah untuk rakannya

kerana dia enggan mengisi maklumat yang diperlukan seperti laman Instagram milikya.

“Saya dihubungi oleh seseorang yang saya tidak tahu pun dia merupakan ‘florist’ juga.

Pada mulanya saya tidak tahu dan menyangka dia ingin membelinya untuk kawan.

“Biasanya untuk tempahan, saya menyediakan borang kepada para pelanggan untuk isi maklumat mereka termasuklah akaun Instagram.

Tetapi dia tidak mengisinya dan saya anggap dia tidak memiliki Instagram,” ujar Elissa kepada pihak Hot FM.

 

Bukan itu sahaja, ‘florist’ terbabit juga tidak mahu Elissa meletakkan sebarang kad yang memaparkan ‘brand’ miliknya pada bunga tangan tersebut.

Kemudian, dia cakap tak perlu letakkan kad. Awalnya, saya macam ‘oh saya memang tak letak sebarang kad, cuma tag ‘brand’ saya sahaja’.

Dan dia kata tak perlu letakkan tag ‘brand’ juga, jadi saya akur atas permintaannya,” jelas Elissa lagi.

Lebih tak disangka apabila keesokan harinya, Elissa mendapat tahu bahawa bunga tangan yang digubahnya itu dijumpai di laman ‘explore’ Instagram.

Tetapi hasil kerjanya itu dikreditkan kepada ‘florist’ berkenaan dan bukan mereka.

“Keesokan harinya (6 Februari), Intan ada dalam laman ‘explore’ saya dan bunga tangan itu kelihatan sangat ‘familiar’.

“Rupa-rupanya, ia memang hasil tangan saya kerana persamaan yang ditonjolkan terlalu banyak.

Reben pun memiliki warna sama dengan gubahan saya. Lepas itu, saya nampak ia dikreditkan kepada Haejabudiman.co,”katanya.

Berikutan itu, Elissa merasakan bahawa dirinya ditipu dan kecewa kerana ‘florist’ tersebut tidak bersikap jujur dalam hal berkenaan.

Malah sanggup mencuri idea dan hasil tangannya.

Dalam pada itu, Elissa berkata dia sudah menghubungi ‘florist’ itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang isu berkenaan.

Menurutnya, pemilik ‘florist’ itu memohon maaf selain memberitahu bahawa dirinya kini sedang berpantang.

Dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui dalam kontrak bersama Intan.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Elissa meminta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi kerana isu tersebut masih dalam siasatan mereka.

Difahamkan lagi, pihak pengurusan pelakon itu mengetahui perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber: Hot FM, Instagram @elissarsln / Lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *