Buat yang mengikuti rancangan hiburan, Trek Selebriti pastinya terhibur lagi apabila pengacara rancangan berkenaan,
Alif Farhan ada berkongsikan satu rakaman video iaitu rakaman pendek teaser bagi episod seterusnya.
Untuk info, rancangan Trek Selebriti ini bersiaran pada setiap Rabu manakala dapat disaksikan menerusi Astro Ria pada jam 9.30 malam.
Biarpun begitu, Alif Farhan menerusi Instagram sering mendapat perhatian peminat dan pengikut
apabila dia juga sering memuat naik video teaser Trek Selebriti dimana terdapatnya segmen prank.
Ternyata pada kali ini, pelakon dan penyanyi Izzue Islam menjadi tetamu jemputan rancangan Trek Selebriti.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat dan pengikut di Instagram terhibur melihat
selebriti yang di prank oleh Izzue Islam dimana tidak disangka-sangka penonton juga.
Ini kerana, dengan selamba Izzue Islam prank Rosyam Nor dengan jalan cerita yang
mengejutkan lalu reaksi pelakon terkenal itu turut menghiburkan.
“Curi troli punya hal, memang menempah ma*t namanya, ketaq lutut tu nak prank Tailong. Ampun Tok Rosyam Nor. Korang jangan lupa layan…”
Melalui perkongsian di Instagram terbabit, warganet turut memberikan komen seloroh terhadap Izzue Islam yang berani prank Rosyam Nor.
“Buat hal ngan Tailong”
“Hahaha bongok lah prank ramai lagi please”
“Perghh jangan main-main dengan Tailong”
sumber : hcl