Keluarga

Cuma Mampu Pakai Jam Tangan Olok-Olok, Budak Nangis Merasa Jam Tangan Sebenar 

Tak ramai antara kita terus lahir daripada keluarga yang senang. Ada golongan kurang bernasib baik terpaksa kerja dari siang ke malam untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan seisi keluarga. Mujurlah, masih wujud masyarakat kita tidak jemu menghulurkan bantuan kepada yang benar-benar tidak berkemampuan.

Menerusi posting Facebook yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dipanggil Abang Bob dikatakan pemurah kerana dirinya memborong semua hasil jualan seorang budak dan pak cik di mall. Niat baiknya tidak terhenti di situ apabila hati Abang Bob tersentuh melihat budak menjual barang di situ memakai jam tangan olok-olok.

Difahamkan, budak lelaki itu meminati jam tangan tapi belum mampu membelinya sendiri. Hamba Allah berkenaan terus menghadiahkan jam tangan yang sebenar kepadanya. Seakan tidak mempercayai niat murni Abang Bob, budak itu menangis gara-gara tersentuh.

Hasil keprihatinan lelaki itu, netizen tersentuh melihat Abang Bob bantu menggembirakan budak lelaki tersebut. Ujarnya, niat baik lelaki itu perlu dijadikan teladan orang ramai untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber :  Mfa Bob 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *