Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Chief wartawan jenayah dedah ‘kegagalan’ KP Sg Buloh dan Datuk Bandar MBSA

SEBENARNYA Ketua Polis Sungai Buloh dan Datuk Bandar MBSA ada ruang dan peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Mal4ngnya mereka berdua dilihat memilih untuk lebih fokus kepada kesal4han pengadu daripada menjawab persoalan dan keres4han pengadu terhadap kegiatan perjud1an, penjualan rokok selud0p, PATI etc.

Memilih untuk menjadi ‘defensif dari responsif’…

Mereka menghantar mesej yang sal4h kepada rakyat seolah-olah pengadu pula yang awal-awal lagi bersal4h dan perlu dis1asat, benda dah jadi terbalik!

Sepatutnya kedua-dua mereka mengambil pendekatan sepertimana Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri yang sedia berjumpa dan mendengar kel0h kes4h pengadu kerana perkara berkaitan dengan perjud1an ini memang menjadi dur1 dalam daging serta kemar4han rakyat.

Akhirnya disebabkan ‘kegag4lan’ mereka berdua, habis pegawai dan anggota kedua-dua jabatan terpaks4 menerima ‘tempiasnya’.

Menjadi pegawai yang menguatkuasakan undang-undang bukan mudah, sentiasa jadi sasaran mereka yang tidak berpuashati terutama yang dikenakan t1ndakan, tetapi rakyat secara umumnya tidak mar4h sekiranya semua pihak bert1ndak tanpa pilih kasih, tegas tetapi pada masa yang sama adil serta berhemah.

Pengadu Asri Janggut tak semestinya betul dan Ketua Polis Sungai Buloh serta Datuk Bandar MBSA tak semestinya sal4h, namun persepsi rakyat juga kena diambil kira. Di penghujungnya tiada siapa yang kebal daripada dikenakan t1ndakan undang-undang…baik Asri Janggut, baik Ketua Polis Sungai Buloh, baik Datuk Bandar MBSA waima kita semua ini.

Rakyat menyanjung jasa PDRM dan rata-rata masih menghormati erti kedaulatan undang-undang dengan tidak mengambil tindakan sendiri yang membelakangkan peraturan, tetapi bila suara mereka seolah-olah tidak diend4h dan tidak didengar, itu yang mereka sanggup ‘redah’ walaupun nyaw4 mereka jadi taruhan.

Sesungguhnya banyak pengajaran yang boleh kita semua belajar dari EPISOD ASRI JANGGUT DAN SUNGAI BULOH ini. Pahit ke masin, ini benda yang kita semua terpaksa telan!

Sumber; Syahril A. Kadir

Asri Janggut sebelum ini pernah mendedahkan perbualan wasap mengenai kegiatan perjudian kepada jabatan intergriti

“Bismillah… ini screenshot saya dengan unit perjudian dan juga bahagian intergriti pdrm… saya dah bagi maklumat,video dari bulan may 2020, tetapi tiada sebarang tindakan, tuan2 nak saya mengadu kat bahagian mana lagi?peringkat daerah? Peringat negeri? Peringkat Bukit Aman? Saya sedar nyawa saya terancam, saya harap sesuatu perlu dilakukan dengan lebih tegas… nanti saya akan kongsikan video .. saya harap ketua polis negara dapat membuktikan pangkat dan kuasa yang Allah pinjamkan digunakan dengan penuh amanah dan berani…”-Asri Janggut

Penguatkuasaan lemah punca pendekatan tular digunakan

KLANG – Tindakan menular kewujudan pusat perjudian dan kedai warga asing di Sungai Buloh menerusi media sosial dilakukan kerana tindakan penguatkuasaan ketika ini tidak tegas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata, kawasannya turut berhadapan masalah hampir sama terutama melibatkan peniaga asing sehingga menimbulkan isu ketenteraman awam dan masalah sosial termasuk isu keselamatan serta kebersihan.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah beberapa kali membuat aduan berhubung isu tersebut, namun penguatkuasaan yang dilakukan tidak memberikan kesan kepada aktiviti berkenaan.

Mohd Fakhrulrazi

“Saya sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berwajib termasuk saya sendiri membuat serbuan di tempat pelacuran haram untuk mengambil tindakan namun tidak memberi sebarang kesan. Malah mereka akan membuka semula perniagaannya selepas beberapa jam tindakan di buat.

“Pelaku merasakan pihak kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa kepada mereka, seperti mereka pula tuan kepada tempat ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mohd Fakhrulrazi berkata, beliau mencadangkan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan terhadap warga asing bermasalah dan orang tempatan yang bersubahat turut dikenakan tindakan.

“Ini termasuk merobohkan struktur binaan haram, menghantar warga asing bermasalah pulang ke negara mereka dan namanya disenarai hitam masuk ke negara ini.

“Warga tempatan yang bersubahat dan melindungi aktiviti haram warga asing pula perlu dikenakan tindakan undang-undang termasuk penjara dan sebatan,” katanya.

Sekiranya tindakan tegas diambil, katanya, beliau yakin isu rakaman video tular tidak akan berlaku.

Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi tidak berlesen di sekitar Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat diterima termasuk premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Beliau berkata, perkara diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.

“Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular satu video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan polis membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Sumber : sembangmedla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *