Semasa

Cara Syed Saddiq Dlejek Bukti Belia Tak Dipandang Serius Dalam P0litik

Inilah cabaran YB Syed Saddiq yang mewakili golongan belia dalam arena politik Malaysia.

Nampak gayanya tak kiralah sematang mana pun hujah anda, anda takkan diambil serius dalam arena politik oleh ahli Dewan Rakyat lain yang lebih senior jika anda bergelar belia.

Inilah sentimen yang disimpulkan oleh sebahagian besar golongan muda di media sosial selepas melihat insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pagi tadi.

Insiden bermula ketika Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Syed Saddiq ini kemudiannya disambut dengan ejekan.

“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Syed Saddiq Syed mahu menyertai perbahasan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

“Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah topik sohor kini di Twitter.

Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

..

Sejak pagi, sidang tersebut kecoh, gegak-gempita dan suara-suara ‘menyerang dan diserang’ itu datang baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, tidak kira yang berusia atau yang muda.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Rencah

Antaranya lagi

Parlimen: Azhar Harun Speaker baharu, Azalina Timbalan Speaker

BEKAS pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, hari ini.

Upacara pada 2.45 petang itu dilaksanakan dalam keadaan Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya dibenarkan mengemuka calon YDP dan melakukan pengundian semula.

AZHAR Azizan Harun di Dewan Rakyat. FOTO siaran langsung RTM

Pencalonan Azhar diusulkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 September 2018 dan meletakkan jawatan, 29 Jun lalu.

Terdahulu, pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala seorang tidak hadir.

Parlimen: Azalina dilantik Timbalan Speaker

AZALINA Othman Said. FOTO arkib NSTP

DALAM pada itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Pengumuman dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencalonkan ahli parlimen itu.

Terdahulu, Azhar berkata, Dewan Rakyat mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Nga Kor Ming, yang membawa kepada penarikan usul keempat berhubung kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Muhyiddin (Bersatu-Pagoh) sebelum itu mencadangkan Azalina mengikut Peraturan Mesyuarat 6 dan turut dipersetujuai Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.

‘Shah Alam sila keluar’

SUASANA dalam Dewan Rakyat.

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang baru dilantik mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad keluar dewan sehingga persidangan selesai hari ini.

Beliau diarah demikian selepas mengganggu ucapan Azhar sempena pelantikannya.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen pembangkang hingga timbul kekecohan.

Azhar meminta Ahli Parlimen bertenang dan turut mengingatkan kuasanya yang boleh mengarahkan sesiapa keluar sekiranya mengganggu persidangan.

Perlembagaan Malaysia dipatuhi: Bekas Speaker

MOHAMAD Ariff ketika sidang media di Parlimen. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

TERDAHULU, ini komen bekas Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika ditemuramah di lobi parlimen.

 “BAGI diri saya sendiri, tidak ada masalah. Sebab pada awal lagi saya sudah beritahu saya hanya akan keluar jika Perlembagaan Malaysia dipatuhi,” kata bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas mengosongkan jawatan itu, hari ini.

Beliau berkata, jelas bahawa Perlembagaan Malaysia sudah pun dipatuhi iaitu terdapat usul dan undian sudah dilaksanakan.

“Akhir kata Ahli Parlimen yang memutuskan, bukan Perdana Menteri, bukan Kabinet. Ini sistem Perlembagaan kita.

“Ini adalah sesuatu yang mesti dihormati secara prinsip iaitu mesti dinyatakan seorang Speaker itu adalah neutral, bebas dan tidak boleh dikompromi oleh pihak eksekutif.
“Saya sudah menyebut beberapa kali juga bahawa jawatan Speaker bukan jawatan pegawai khas untuk Kabinet atau Menteri atau Perdana Menteri. Kita mesti kekalkan jawatan Speaker sebagai satu jawatan yang neutral dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada waktu rehat tengah hari bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula hari ini.

Mohamad Ariff menegaskan Speaker dilantik oleh Parlimen yang dalam hal ini dilantik oleh Dewan Rakyat.

“Prinsipnya agak logik dan mudah difahami. Itu prinsip di sisi Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong usul berkenaan, manakala 109 Ahli Parlimen tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Undi diluluskan secara belah bahagian.

Usul itu dicadangkan Ahli Parlimen Pagoh yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan disokong Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *