Hiburan

Cantik umurnya baru 15. Vide0 birthday Marissa Dania, macam Princess

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan anak kedua kepada Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang kini berusia 15 tahun.

Sejak kebelakangan ini pula, Marissa Dania menjadi perhatian warganet apabila ibu bapanya itu ada memuat naik momen bahagia menyambut ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-15 dengan bertemakan princess.

Sebelum ini, Marissa pernah tular dan menjadi bualan hangat warganet apabila ramai menyukai anak selebriti berkenaan yang memiliki wajah cantik selain dipuji kelihatan matang dari usia.

Melihat kejelitaan anak Norman Hakim ini juga membuatkan warganet meninggalkan pelbagai reaksi yang ada antaranya tidak percaya Marissa berusia 15 tahun dimana dia dilihat sangat cantik.

Menerusi rakaman video, kelihatan keluarga besar Norman Hakim bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran puteri mereka dengan majlis yang cukup meriah.

“Happy sweet 15th Birthday Princess…”

Dalam pada masa yang sama, video yang ditonton ribuan kali itu turut membuatkan warganet senang dapat melihat kebahagian keluarga selebriti tersebut.

Diruangan komen, rata-rata berkesempatan memuji kecantikan anak Abby Abadi yang dikatakan cantik sepertinya.

“Cantiknya anak dara ni… seiras Bonda Abby, kulitnya ikot bonda betul gebu gebas”

“Cantik nya Dania… umurnya baru 15 ke, tak percaya muda lagi”

“Cantik sangat2 anak dara Abby dan Norman & Memey. Happy birthday moga jadi anak yang soleh”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : hcl

Antaranya lagi

Cem4s! Mak Wan j4tuh pengs4n semasa ‘live’, Didie Alias terp4ksa hentikan rancangan. Ini sebabnya.

PELAKON senior Mak Wan jatuh pengsan selama lima minit setelah dimaklumkan menjadi penerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah.

Detik cemas itu dikongsi oleh pelakon Didie Alias yang menyaksikan insiden itu semasa siaran langsung dalam sebuah program di laman Facebook, baru-baru ini.

Cerita Didie, dia selaku pengacara program terkejut apabila Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud tiba-tiba sesak nafas dan pengsan selepas dimaklumkan mengenai sumbangan tersebut.

“Semua kru di studio terkejut termasuklah saya! Mak Wan tiba-tiba sesak nafas, pitam dan pengsan dengan mata terbuka dan mulut ternganga kira-kira lima minit sebelum sedar semula.

“Kita terpaksa hentikan program tersebut… Mak Wan terkejut apabila mengetahui impiannya itu tercapai dan tak sangka ada pihak bermurah hati menajanya menunaikan umrah.

Program terpaksa dihentikan apabila Mak Wan pengsan setelah menerima sumbangan pakej umrah.

“Bagaimanapun keadaan semuanya terkawal dan kami sambung semula program selepas Mak Wan kembali stabil. Mungkin sebab Mak Wan ada asma menjadi faktor sesak nafas!,” katanya kepada mStar.

Program bual bicara Lady Didie Talk Show bersiaran selama 13 episod boleh ditonton di Facebook Lady Didie TV dan Youtube Didie TV setiap hari Jumaat dan Ahad pukul 9 malam.

Dalam program tersebut, artis jemputan dan individu yang kurang bernasib baik akan diundang dan menerima sumbangan tajaan daripada penaja.

Program siaran langsung ini beri sumbangan untuk golongan artis dan mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Didie berkata pihak penaja bersetuju untuk memberikan sumbangan pakej umrah tersebut setelah mendengar luahan hati Mak Wan.

“Mak Wan kata nak buat umrah itu memang impian dia sebab dia pun tak berapa sihat… sedih apabila dia kata sudah lama teringin nak pergi umrah, nak mati dekat sana dan sebagainya.

“Selepas berkongsi cerita, kita buat kejutan dengan menyerahkan mock up hadiah tajaan secara langsung dan dia sangat terkejut.

“InsyaAllah selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan semua orang boleh keluar negara seperti biasa, Mak Wan akan berlepas ke Makkah, ” ujarnya.

Sumber : M star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *