Semasa

Bukan 50 k. Tajuddin Akhirnya Mengaku Berapa Sebenarnya Gaji Dia Sebagai Pengerusl Prasarana

Perlantikan beramai-ramai ahli politik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC sejak akhir-akhir ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai.

Antaranya MP Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah dilantik sebagai Pengerusi TNB dan Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Negara.

Pastinya persoalan berapa gaji dibayar menjadi tanda tanya rakyat marhaen.

Menjawab persoalan itu, anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata gajinya sebagai pengerusi Prasarana cuma RM8,000 saja.

” Tak ada hal. Kita sangat telus.

” Lapan ribu saja,” katanya ketika menjawab soalan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru).

Akmal sebelum ini mendakwa terdapat kira-kira 50 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan purata gaji RM50,000, tidak termasuk elaun.

Justeru, dakwanya, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.

” Ini f1tnah, tohmahan berat dan jahat,” kata Tajuddin ketika perbahasan titah diraja.

Beliau juga berkata gaji Pengerusi Uda Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) juga sebanyak RM8,000 sebulan.

” Saya sekarang sebut dua tak betul. Mungkin ramai lagi yang tak betul itu,” katanya.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada 13 Mei lalu mengumumkan pelantikan Tajuddinse bagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 11 Mei.

Tajuddin menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei lalu.

Prasarana memaklumkan pelantikan Tajuddin dibuat berdasarkan pengalamannya dalam dunia korporat selain pernah menerajui beberapa GLC.

Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pernah menjadi timbalan menteri pertanian dan asas tani antara 2013 dan 2018 semasa pentadbiran BN.

Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin adalah graduan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1972.

Beliau juga pernah menjadi Pengurus Jualan di Cycle & Carriage (M) Sdn Bhd, iaitu pemegang francais dan pengedar tunggal kereta buatan Mitsubishi Motors.

Berbekalkan pengalaman bekerja dengan Cycle & Carriage itu, beliau mengambil langkah berani sebagai pengasas dan peneraju sebuah kumpulan automotif yang terbabit dalam pengimportan, pemasangan serta pengedaran kereta penumpang dan komersial Mitsubishi dan Isuzu.

Tajuddin adalah Pengarah Urusan United Assembly (Services) Sdn Bhd, United Straits Fuso Sdn Bhd, Automotive Corporation ( M ) Sdn Bhd dan United Cycles Sdn Bhd.

Di samping industri automotif, Tajuddin juga terbabit dalam pembangunan hartanah dan pendidikan tinggi swasta.

Beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat dan politik selain pernah menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Antaranya lagi

PRK Slim: PAS Memang Tak Akan Letak Calon, Tp Bagaimana Pula Dgn Bersatu? Ini Jwpn Kelakar Tajuddin

Beberapa kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah contoh terbaik kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS.

Namun itu sebelum terbentuknya Perikatan Nasional (PN) di mana Bersatu belum bergabung secara rasmi dengan kedua parti tersebut bagi membentuk kerajaan baru.

Justeru ramai tertanya-tanya, bagaimana pembahagian kerusi dan calon akan dilakukan sekiranya berlaku PRK lagi.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerusi berkenaan secara tradisinya milik Umno dan pasti akan dipertahankan parti.

Umno yakin rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

” Kawasan itu kawasan Umno besar kemungkinan Umno letak calon. Bila Umno letak calon PAS tak akan letak calon, sudah ada muafakat.

” Kalau Umno tanding PAS tak bertanding dan begitulah kalau PAS tanding Umno tak tanding, itu telah dipersetujui,” katanya ketika kepada media lewat malam tadi di Shah Alam.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kem4tian penyandangnya yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Mohd Khusairi Abdul Talib 15 Julai lalu.

Khusairi merupakan Adun Slim selama empat penggal dan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pemergian allahyarham akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil buat kali ke-12 sejak pilihan raya umum lalu.

Khusairi memenangi kerusi itu pada PRU 2004 dan mempertahannya sebanyak dua kali dengan majoriti selesa.

Bagaimanapun pada PRU 2018, allahyarham mengekalkan kerusi itu dengan hanya 44.8 peratus undi apabila calon Bersatu memperoleh 33 peratus undi dan calon PAS memperoleh 22 peratus undi.

Adakah Bersatu akan letak calon?

Ditanya sama ada Bersatu akan meletakkan calon ataupun tidak di kerusi itu dalam PRK yang akan diadakan itu nanti, beliau yakin tidak akan berlaku pertembungan sesama sendiri dalam PRK itu kelak.

” Bersatu saya rasa akan menghormati dengan tak akan letak calon dan calon Umno tentu akan dapat sokongan dari parti-parti kerajaan PN.

” Kita tak akan berlawan satu sama lain, ‘kartunlah’ kalau berlawan sesama sendiri,” katanya lagi.

Muafakat Nasional

Muafakat Nasional (MN) merupakan sebuah gagasan kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Muafakat Nasional juga secara tidak rasminya merupakan manifestasi lanjut kerjasama antara parti-parti politik tiga perikatan di Malaysia, iaitu Barisan Nasional (BN) , Gagasan Sejahtera (GS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) .

Sumber : asiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *