Dunia

Budak 13 Tahun Dip4ksa BERKAHWlN Dgn LeIaki 48 Tahun, Jadi lstri Kelima, Namun Akhirnya ini yg Terjadi

PERSOALAN berkaitan perkhwinan bawah umur perlu difahami dengan jelas.

Dan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikannya diurus sesuai dengan prinsip keadilan Islam.

Kefahaman yang benar ini penting bagi mengelakkan fitnah oleh pihak yang sentiasa cuba memburuk-burukkan lslam.

Ini engan alasan kononnya Islam menganiaya kanak-kanak, menzaIimi wanita dan ketinggalan zaman.

Selain itu, perkembangan dunia masa kini yang banyak dipengaruhi oleh budaya materialisme, jurang ekonomi global.

Sistem sosial yang rapuh dan seumpamanya memerlukan kepada penelitian semula terhadap ijtihad-ijtihad yang lalu berkaitan dengan isu perkhwinan di bawah umur.

Kini masalah penindasan dan penganiayaan kanak-kanak, terutamanya dari kalangan permpuan, menjadi masalah yang besar.

Biasanya masalah ini dikaitkan dengan soal kesihatan reproduktif dan sksual, kesihatan emosi dan mental, masalah perceraian, kegnasan rumahtangga, hak pendidikan dan sebagainya.

Namun lain pula jadinya di suatu tempat dia kawasn ini, yang mana penduduknya boleh memilih istri yg masih budak.

Remaja permpuan berusia 13 tahun dipaksa berkawin dengan lelaki berusia 48 tahun.

Dia kemudiannya akan menjadi istri kelima dalam satu majlis pernikahan mengikut agama Islam di Filipina.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh rakan dan ahli keluarga untuk melihat pengantin remaja itu memakai pakaian tradisional di Mamasapano, wilayah Maguindanao.

Yang mana majoritinya adalah penduduknya beragama Islam.

Pengantin lelaki, Abdulrzak Ampatuan berkata, dia akan menjadikan isteri baharunya itu untuk menjaga anaknya yang sebaya dengan usia isteri baharunya itu.

“Saya gembira dapat berjumpa dengan dia dan meluangkan masa bersama dengan dia menjaga anak saya,” katanya.

Majlis perkahwinan itu diadakan di rumah pengantin lelaki di mana dia diberi taklimat bagaimana menjadi seorang suami yang baik.

Pengantin lelaki itu kemudian ditemani oleh tetamu berarak ke rumah pengantin perempuan.

Pasangan itu duduk bersebelahan di pelaminan, sementara para tetamu tersenyum dan ketawa melihat pasangan berkenaan.

Pengantin perempuan itu berkata, “Saya tidak takut kepadanya kerana dia melayani saya dengan baik.

Saya tidak pandai memasak, tetapi akan mula belajar memasak. Saya mahu membahagiakan suami saya”.

Tiga minggu selepas majlis perkahwinan mereka, Abdulrzak membina sebuah rumah kecil untuk isteri baharunya itu di mana mereka tinggal bersama.

Difahamkan, Abdulrzak bekerja sebagai petani, sementara isterinya itu pula menjadi suri rumah dan menjaga anak suaminya, iaitu anak madunya.

Pada waktu ini, Abdulrzak tidak merancang untuk mempunyai zuriat dengan isteri baharunya itu.

Sehingga dia berusia 20 tahun dan akan membiayai perbelanjaan persekolahannya.

“Saya akan menanggung kos pendidikannya kerana saya mahu dia mendapat pendidikan.

Sementara menunggu masa yang tepat untuk mempunyai anak,” katanya.

DI wilayah Mindanao yang majoritinya beragama Islam menetapkan, kanak-kanak lelaki boleh berkahwin dari usia 15 tahun.

Sementara anak perempuan boleh dikahwinkan sejak awal akil baligh.

Data UNICEF menunjukkan Filipina mempunyai bilangan pengantin kanak-kanak ke-12 tertinggi di dunia, iaitu 726,000.

15 peratus daripada jumlah itu berkahwin sebelum mencapai usia 18 tahun dan 2 peratus berkahwin sebelum usia 15 tahun.

Walaupun di Malaysia, isu ini masih dianggap terpencil, namun ia tetap memerlukan perhatian serius bagi mengelakkan menjadi barah dalam sistem kekeluargaan.

Isu perkahwinan kanak-kanak semakin hangat diperkatakan apabila kerajaan berusaha untuk menyelaraskan takrif dewasa dalam undang-undang keluarga Islam kepada 18 tahun.

Pentakrifan ini dibuat bagi menyesuaikannya dengan takrif dewasa dalam kebanyakan undang-undang lain.

Selain itu, pentakrifan ini juga selaras dengan definisi dewasa menurut standard yang ditetapkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menentukan umur kelayakan berkahwin.

Data-data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan antarabangsa lain berkaitan perkahwinan kanak-kanak.

Kebiasaannya merujuk mereka yang di bawah 18 tahun sebagai kanak-kanak.

Di Malaysia, perbezaaan garis umur kelayakan perkahwinan di antara satu negeri dengan yang lain.

Ini menjadikan dapatan berkaitan perkahwinan kanak-kanak tidak seragam dan kompleks.

Selain itu, persoalan perkahwinan bawah umur ini juga sering menjadi persoalan yang mencabar.

Ini apabila pihak yang memusuhi Islam gemar menjadikannya sebagai isu untuk memburuk-burukkan Islam.

Sekali gus, mereka menjadikannya sebagai senjata untuk mengkritik Rasulullah SAW berasaskan perkahwinan baginda dengan Sayyidatina Aisyah RA.

Mereka menggunakan fakta itu untuk menuduh kononnya Islam menganiaya wanita dan kanak-kanak.

Buat masa ini terdapat negeri yang menetapkan umur perkahwinan yang lebih rendah seperti 16 tahun, terutamanya untuk perempuan.

Timbul persoalan sama ada adakah undang-undang perkahwinan Islam di negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan wajar diselaraskan kepada umur 18 tahun.

Ini untuk lelaki dan perempuan, atau dibiarkan berbeza berdasarkan ketetapan negeri masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *