Infomaklumat

Boleh Dgr Suara Dari Alam Lain Jika, Respon Mufti Pahang Susulan Rakaman Tular Suara Mistri di Kbur

Sekiranya seseorang itu boleh mendengar (suara dari alam lain), kemungkinan ia adalah anugerah daripada Allah SWT.”

Demikian kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas rakaman video dimuat naik seorang wanita yang tular sejak kelmarin kerana didakwa terdapat suara misteri seperti merayu dan meminta tolong dari dalam kubvr.

Abdul Rahman berkata, umat Islam tidak wajib untuk mempercayai kebenaran video berkenaan kerana tiada bukti menunjukkan kesahihannya.

” Namun, tidak mustahil untuk seseorang itu mendengar jika diizinkan Allah SWT.

” Seksa kubvr itu benar dan berdasarkan satu hadis ada dinyatakan orang beriman akan memohon disegerakan urusan pengebvmian mereka.

” Manakala, sebaliknya bagi yang kufur dan rayuan si m4ti sebelum dikebvmikan boleh didengari makhluk lain seperti haiwan kecuali manusia.

” Ini kerana manusia akan ketakutan dan pengsan jika mendengarnya.

” Apa yang pasti, semuanya berlaku dengan izin Allah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas mengenai video dirakam ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail apabila kedengaran suara misteri seperti merayu dan mer4ung meminta tolong di dalam rakaman berkenaan.

Ketika itu, Siti Natrah duduk di atas jengkaut di Tanah Perkubvran Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor dan video berkenaan tular di media sosial.

Abdul Rahman berkata, tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi video seumpama itu jika niatnya untuk memberi keinsafan sesama insan.

” Kalau yang didengar itu boleh beri keinsafan tiada masalah, malah ia bagus kerana boleh mengingatkan orang tentang m4ti.

” Lagipun, kita memang dituntut untuk sentiasa mengingati kematian,” katanya.

Ini pula kenyataan Mufti Negeri Sembilan

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika dihubungi berkata, perkongsian video seumpama itu tidak wajar kerana apa yang dilihat atau didengar perlu disimpan untuk diri sendiri bagi mengelak timbul fitn4h.

” Az4b kubvr itu benar dan sesiapa pun boleh mendengarnya dengan izin Allah SWT.

” Cuma, adalah lebih baik jika apa didengar atau mimpi yang kita dapat misalnya, disimpan untuk diri sendiri.

” Jika ia membawa petanda burvk, berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan.

” Apa pun, ambil apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *