Infomaklumat

‘Bila Ada Kes P0sitif, Baru Kami Tutup’ Menteri Saran Anak-Anak Wajib Sekolah Seperti Biasa

Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes hari ini.

Menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya kes import.

“Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

“Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal.

Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran,” katanya pada sidang media di kediaman beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 87 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,427 kes.

“Sehingga kini, 31 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapandaripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan.

Persoalan Sekolah Akan Ditutup Akhirnya Terjawab, Perdana Menteri Memaklumkan Sesuatu yg Mengejutkan

Bayi Mangsa Termuda Meninggal

Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.

“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.

Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi,” katanya.

Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki

warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi.

Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya.

Semua Berpunca Daripada PRN Sabah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi antara punca peningkatan kes koronavirus Covid-19 di negara ini.

Menurut beliau, PRN terpaksa diadakan apabila Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu.

Katanya, PRN tidak dapat dielakkan kerana tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh DUN dibubarkan.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini.

Menteri Beritahu Kenapa Sampai Sekarang Semua Sekolah Tidak Lagi Ditutup Walaupun Kess C0vid 19 Makin Naik

Kerajaan tidak bercadang untuk menutup sekolah di seluruh negara ekoran kes C0vid 19 yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, hanya sekolah di kawasan yang mencatat kess positif C0vid 19 akan ditutup.

Menurutnya, sekolah masih merupakan kawasan yang selamatt untuk pelajar daripada jngkitan wbak itu

kerana pelajar mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketatt.

“Sekolah mempunyai SOP yang sangat ketatt seperti penjarrakan fizikal, pmeriksaan suhu dan tiada aktiviti yang bersessak-sessak dan berkumpulan.

'Bila Ada Kes Positif, Baru Kami Tutup' Menteri Saran Anak-Anak Wajib Sekolah Seperti Biasa

“Orang awam juga tidak dibenarkan keluar masuk sekolah manakala pelajar yang tinggal di asrama, tidak boleh balik.

“Di sekolah lebih selamatt daripada komuniti luar, jika tiada kes C0vid-19, sekolah tidak akan ditutup,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian di sini hari ini.

Mengenai cadangan supaya laranggan renttas negeri melibatkan negeri yang merekodkan bilangan kess C0vid 19 yang tinggi dikuat kuasakan

Dr. Noor Azmi berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakannya.

“Kita belum buat keputusan yang macam itu kerana keadaan masih terkawaal.

Sekarang, kawasan yang ada kess, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketaatkan (PKPD),” katanya.

Mengenai kess C0vid 19 di Sabah, Dr. Noor Azmi berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkeetatkan (PKPD) di tiga daerah di negeri itu iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

'Bila Ada Kes Positif, Baru Kami Tutup' Menteri Saran Anak-Anak Wajib Sekolah Seperti Biasa

Ketika ini PKPD dikuat kuaasakan di empat daerah di negeri itu iaitu Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

“Ujian saringgan juga  telah dipertingkatkan kepada 2,000 sehari di negeri itu.

Jika keadaan mendesaak, maka lebih banyak ujian saringaan akan dilakukan,” katanya.

Komen Dari Orang Ramai

University korang tutup pulak

Aku dok tgk, budak2 masa pi sekolah pakai mask bagai…

Balik sekolah masa tunggu bas dan mak abah amik, mask dah kat dahi…

Bergurau dgn kawan2 sambil naik atas belakang kawan…. ada lagi org percaya cakap menteri.

'Bila Ada Kes Positif, Baru Kami Tutup' Menteri Saran Anak-Anak Wajib Sekolah Seperti Biasa

Anak2 kecil takkan mudah faham tentang SOP dan jangkittan penykit.

Amat sukarr untuk guru mengwal kelakuan mereka.

Sekolah bersiko besar, dan jika berjngkit, mereka masih lmah untuk melwan penykit. Buat keputusan dgn wras.

Persoalan langkah penutupan sekolah akhirnya terjawab

Perdana Menteri beri bayangan, semua sekolah akan ditutuo sekiranya terdapat keperluan ke arah itu.

Perkara itu katanya, akan dibincangkan diperingkat tertinggi Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan bahawa langkah penutupan sekolah belum disyorkan buat masa ini.

“Jadi kita lihat sekarang ini kalau sekolah tersebut ada jangkitan, contohnya dulu Kluster Tawar ada seorang guru yang terlibat positif.

Guru tersebut kembali ke sekolah dan jangkitan berlaku, barulah kita akan tutup sekolah.

“Tapi setakat ini kita tidak syorkan penutupan sekolah.

Aktiviti boleh berjalan tapi kena berhati-hati (dan) patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),”

Dia berkata dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.Sumber: KKM

COVID-19: Semua Tabika, Taska Kemas Di Zon Merah Ditutup

Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup.

Kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan murid dan petugas.

“Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup…

Namun kami jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup,”

katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku, di sini hari ini.

Menurutnya penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Program anjuran Kemas itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard

Yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.

“Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir kerana bagi memberi peluang murid b pula hadir.

“Kelas kami juga memang mematuhi SOP ditetapkan malah disanitasi setiap hari oleh petugas Kemas,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska Kemas di seluruh negara.

Sekolah Berisiko Telah Ditutup

Dua buah sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan tutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober ini.

Difahamkan, arahan itu dibuat susulan beberapa orang murid sekolah terbabit dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Dia disahkan positif koronavirus (Covid-19) pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir itu adalah berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Saya difahamkan hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ni.

“Selain dua sekolah terlibat, sebuah sekolah lagi iaitu SK Padang Kemunting, Kuala Nerus ditutup sejak Jumaat lalu sehingga Khamis ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kedua-dua sekolah terlibat mendapati, sebilangan pelajar diiringi ibu bapa masing-masing hadir bagi menjalani saringan Covid-19.

Kelihatan petugas kesihatan hadir di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Beberapa buah kenderaan milik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga dilihat memasuki pekarangan sekolah.

Dan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian PPE melakukan kerja saringan.

Pada Jumaat lalu, SK Padang Kemunting ditutup sementara bagi menjalani proses sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ini setelah murid darjah satu dan dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang guru yang disahkan positif Covid-19.

Sehingga kini, seramai 20 orang termasuk murid sekolah sedang dirawat setelah disahkan positif.

Sumber : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *