Semasa

“Bezza tu kereta l0w class” – Gadis Kecewa Ada Lelaki Cuba Ng0rat Tapi ‘Drive’ Kereta Bezza

Zaman sekarang ni, kalau seseorang tu mampu miliki sebuah kereta pun dah kira beruntung. Tak kisahlah kereta apa sekali pun, baru ke second hand ke atau jenama apa sekali pun asalkan ada kenderaan nak ke mana-mana.

Tapi, bagi sesetengah orang jenama kereta itu penting dan melambangkan status atau kekayaan seseorang. Seperti seorang wanita ini yang kecewa bila dapat tahu lelaki yang cuba mengorat dia drive Perodua Bezza.

“Kenapa drive Bezza?”

Melalui satu laman confession, wanita tersebut berkata lelaki itu sangat bersungguh-sungguh untuk cuba mengenalinya tapi dia rasa kecewa dan skeptikal bila dapat tahu lelaki berkenaan pandu kereta Bezza.

Menurut sebuah portal, berikut adalah terjemahan apa yang dikatakan wanita terbabit:

Bezza itu adalah kereta kelas rendah, terang-terang ada banyak lagi pilihan (jenama kereta), kenapa mesti pandu Bezza?”

Tetapi saya tidak membencinya, ini hanyalah perspektif saya.”

“Orang muda selalu pilih Vios”

Menurut gadis itu lagi, lelaki tersebut pernah mempelawa untuk hantarnya pulang ke rumah dan dia bersetuju. Ketika dalam perjalanan pulang, dia sempat bertanya mengapa lelaki itu membeli Perodua Bezza, sedangkan kebanyakan orang muda akan lebih memilih kereta seperti Toyota Vios.

Lelaki itu berkata dia tidak mempunyai bajet memandangkan dia baru saja mula bekerja dan perlu selesaikan bayaran hutang PTPTN terlebih dahulu.

Wanita berkenaan turut berkata yang Bezza terlalu sempit untuknya dan dia tak dapat nak luruskan kaki bila duduk di dalam kereta itu.

Bila nak keluar dari kereta, kepala saya terhantuk sebab tinggi saya 170cm dan dia (lelaki itu) tidak henti-henti meminta maaf kepada saya.”

Kepala saya lebam dan rasa marah, saya taknak balas mesej dia. Tapi selepas itu, dia belikan saya hadiah.”

Wanita itu mengaku yang dia memang vain tapi sebenarnya dia suka jugalah dekat lelaki tersebut. Tapi katanya, kalau jadi teman wanita lelaki tu dia takut nanti dia ‘jatuh saham’ depan kawan-kawan sebab ex-boyfriend pakai Nissan, lelaki ini pula hanya pakai Bezza.

Pada penghujung confession, wanita itu berkata dia berasa annoyed dengan situasi ini dan berkata yang dia dapat rasa lelaki itu nak confess tak lama lagi, jadi dia tak tahu nak buat apa nanti.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.

Sumber : Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *