Hiburan

Bertongkat Itu Sunnah Para Nabi, Bukan Sebab Buta Atau Cacat. Suhaimi Saad

Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad menyifatkan dia yang kini bertongkat disebabkan sakit mata kronik dialami sejak setahun lalu sebagai peringatan kepada kematian.

Penyanyi berusia 40 tahun itu meluahkan perkara tersebut di laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar dirinya bertongkat serta kapsyen berunsurkan nasihat.

“Bertongkat itu sunnah para Nabi. Bukan sebab buta atau cacat. Dah lama SS niat,
bila masuk umur 40 tahun, SS akan bertongkat.
“Mudah²an itu akan menjadi pengingat kepada SS bahawa bila usia meningkat, hidupmu semakin singkat.
Hari kematianmu makin dekat.
“Tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” katanya.

Tambah Suhaimi, dia berharap agar kehidupannya dilimpahi rahmat dan berkat selain dikurniakan kematian baik serta selamat dunia akhirat.

Terdahulu, media melaporkan bapa kepada empat cahaya mata itu masih mendapatkan rawatan di hospital termasuk secara tradisional bagi mengubati penyakit berkenaan.

Dia juga tidak menolak kemungkinan terkena gangguan sihir atau buatan orang selepas merujuk ustaz dan rawatan Islam mengenai perkara tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Suhaimi Saad / klm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *