Keluarga

Bertahun2 Gadis Ini Nak ‘Move On’, Tak Sangka Bekas Kekasih Masuk Meminang

Meskipun sudah lama menyulam cinta dan pvtus di pertengahan jalan, namun andai sudah ditakdirkan berjodoh tetap bersatu jua akhirnya.

Walaupun bunyinya kedengaran agak tidak masuk akal, begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih ini.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis bernama Siti sempat menceritakan kisahnya yang telah dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri.

Gadis berkenaan menjelaskan hubungan antara dia bersama pemuda yang dikenali sebagai Azri pernah berakhir tiga tahun lalu iaitu pada 2017.

Selepas melalui fasa sedih untuk ‘move on’ daripada kisah cinta silam, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat.

Alkisahnya sebaik Azri mendapat tahu Siti kembali ‘single’, dia terus masuk meminang. Berkat restu daripada kedua ibu bapa, kini hari bahagia mereka bergelar suami isteri semakin hamp1r.

Rata-rata warganet berasa gembira dan membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memberi reaksi sebaliknya kerana bukan semua orang sanggup berjodoh dengan bekas kekasih.

Orang cakap, kalau dah jodoh tu takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya. Moga terus hingga ke jinjang pelamin!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TikTok Yayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *